Thursday, 24 May 2018

Ramadhan yang hidup

Masjid al-Muhdhar.

Saat ramadhan menjelma, insan yang punya iman di dada , pasti akan rasa bahagia, kerana hadirnya masa, mengumpul pahala berganda, pintu syurga terbuka seluasnya, maghfirah dan rahmatNya merata.
Ramadhan , menghadirkan kerinduan yang mewangi , bagi siapa saja yang pernah bermukim di Tarim. Kerana Ramadhan disana sangat istimewa.Bila adat bersendi syariat, hidup terasa indah belaka. Bila syariat menjadi pakaian kita,hidup yang sukar terasa sempurna.



Dari bulan syaaban lagi,ahli Tarim akan mempersiapkan diri untuk menempuh Ramadhan.Masing-masing sibuk membersihkan rumah. Sememangnya kedatangan Ramadhan adalah tetamu istimewa yang sangat dinanti-nantikan. 
Jika kita membersihkan dan menghias  rumah di bulan Ramadhan untuk menyambut Syawal, namun mereka melakukannya  pada bulan syaaban untuk menyambut Ramadhan.

Aktiviti seharian bermula agak lewat pada siang hari Ramadhan berbanding hari-hari biasa. Kerana malam mereka lebih hidup . Perniagaan dan kedai akan aktif selepas solat zohor. Majlis ilmu juga turut diadakan di masjid Jamie.Pengajian khusus di dar Mustafa ,Ribat Tarim dan dar Zahara' sememangnya telah bercuti bermula 15 Syaaban lagi. Cuma terdapat beberapa halaqah yang menyambung bacaan kitab atas inisiatif sendiri. Dan kuliah-kuliah habib Omar selepas asar dan subuh berjalan seperti biasa.Majlis-majlis ilmu wujud dimana-mana.



Pengajian bersama habib Omar bin Hafiz di dar al-Mustafa.

Selepas solat asar masing-masing dengan kesibukkan sendiri. Tapi bukan perkara aneh apabila kita dapati peniaga-peniaga yang sedang menunggu pelanggan akan mengisi masa dengan membaca alQuran. Di mana-mana sahaja.


Iftar di Tarim penuh kesederhanaan. Biasanya mereka akan saling mengundang saudara mara untuk berbuka puasa dirumah . Kerana beramal dengan  anjuran Rasulullah untuk memberi makan kepada orang yang berbuka. Jiran kami menyebutkan bahawa dalam sebulan bulan Ramadhan, jarang sekali mereka berbuka puasa di rumah. Bukan berbuka puasa di kedai atau hotel tapi kerana sering diundang keluarga dan saudara mara yang berlumba-lumba menjamu orang yang berpuasa.

Bila jiran kami mengadakan majlis iftar untuk saudara mara, kami turut diundang. 
Hidangan berbuka yang mula dihidangkan adalah Tamar, air, sambosa dan bagal (sejenis sayur seperti sawi tapi tidak sepahit sawi). Apabila masuk waktu berbuka, hidangan itulah yang dimakan terlebih dahulu. Bagal dikunyah seperti kita mengunyah ulam. Kemudian masing-masing bangun mengerjakan solat maghrib berjamaah. Semestinya tiada ikhtilat lansung diantara lelaki dan wanita. Kaum muslimin akan ke masjid solat maghrib dan muslimah solat berjemaah di rumah. Menjadi kebiasaan mereka akan mengerjakan solat sunat awabin dan tasbih selepas maghrib. Setelah itu barulah tetamu akan dihidangkan dengan hidangan istimewa berupa nasi dengan ayam atau daging mengikut kemampuan masing-masing. Kemudian muslimin ke masjid untuk tarawih sementara muslimah mengerjakan tarawih 20rakaat berjamaah dirumah. Seperti biasa witir dilakukan 3 rakaat. Namun ada jamaah yang melanjutkan sendirian menjadi 11rakaat.Subhanallah. walaupun telah lanjut usia namun himmah beribadat mereka sangat dikagumi.


Jamaah di masjid Muhdhar.

Masjid-masjid di Tarim melaksanakan solat tarawih pada waktu yang berbeza.Ini memberi peluang kepada mereka yang mempunyai himmah yang tinggi dalam beribadat, dapat melaksanakan sebanyak-banyaknya solat sunat sepanjang malam Ramadhan.Bergantung kepada kemahuan masing-masing. Pelajar-pelajar juga diberi kebebasan untuk mengunjungi masjid-masjid lain setelah selesai tarawih di madrasah. Misalnya masjid Jauhari , solat pada awal waktu, masjid baAlawi pada waktu berikutnya, dikuti masjid-masjid lain sehinggalah yang terakhir adalah masjid Jamie yang melaksanakan tarawih ketika hampir waktu sahur.Dengan kesungguhan dan himmah , solat boleh terlaksana hingga mencapai 100 rakaat. Kalau berkehendak.....
surah-surah yang dibaca dalam solat Tarawih di Tarim biasanya adalah dari ad-dhuha hingga an-nass, dengan mengecualikan al-alaq dan al-bayyinah. Sementara di Darul Mustafa adalah bacaan al-Quran.

masjid al-Muhdhar

Dengan kedudukan rumah yang terletak di samping masjid  Ba Alawiyah, suasana meriah Ramadhan pada malam hari sangat terasa. Lebih-lebih lagi bila tiba malam khatam masjid Saggaf, BaAlawi atau Muhdar. Jamaah akan memenuhi lorong-lorong sekitar masjid.sejadah dihamparkan diatas jalan-jalan tempat laluan yang di tutup.Majlis khatam majlis penuh berkat. Dimakbulkan doa orang-orang yang hadir. Adalah menjadi amalan salafussoleh untuk mengundang orang ramai ketika khatam alQuran agar dapat berkongsi keberkatan.




Jualan sekitar Jamie'

Begitulah suasana penuh rahmah dan berkah pada bulan Ramadhan , bulan ibadah. Semoga Allah mengurniakan kekuatan dan himmah kepada kita untuk melaksanakan ibadah di bulan yang amat mulia ini.

Kredit gambar: fb عبدالله علوي بن شهاب.

Monday, 5 March 2018

Habib ABDULLAH BIN SYIHAB





Dari fb UMMU NABIHAH.

Biografi Habib Abdullah bin Muhammad bin Syahab :

Beliau seorang yang sangat alim, berwibawa dan tawadhu. Dan Beliau termasuk A’yanil bilad Tariem (Tokoh-tokoh Habaib Tarim). Dan Beliau juga lah yang sering dijuluki Sang “Ainu Tariem” – Matanya Kota Tarim al Ghanna.

Usia Beliau sekitar 70-an, putra dari Al-Allamah Habib Muhammad, dan cucu dari Al-Allamah Habib Alwi bin Abdullah bin Shahabuddin, dipercaya telah mencapai maqam atau tingkatan yang sangat tinggi sebagai seorang sufi.

Seperti juga ayah, kakek, serta kakek buyutnya, beliau termasuk orang yang dekat dan begitu cinta kepad Rasulullah saw. Sehingga tak ada tindakan-tindakannya yang tidak mengacu pada perilaku Nabi saw.

Beliau sering diundang ke Indonesia, melalui para ulama dan habaib, dan jawaban Beliau selalu: ”Saya menunggu perintah saja!” ( Maksud dari perkataan Beliau ialah menunggu perintah dari ROSULULLAH Saw secara langsung ), karena beliau sering berdialog dengan baginda Rasul Saw.

Beliau biasa didatangi para Ulama yang hendak bepergian berdakwah ke luar negeri untuk minta izin, berpamitan dan memohon doa’ restu. Tak kurang, Habib Umar bin Hafidz, pemimpin Darul Mustafa, Tarim, yang mencetak Ulama-ulama muda di berbagai negeri, tak bisa tidak, selalu mencium tangan Habib Abdullah sebelum keliling mengunjungi anak muridnya. Jangan harap guru besar ini beranjak sebelum mendapat anggukan kepala Habib Abdullah.

Para ulama dan peziarah, khususnya dari Indonesia, juga belum merasa mantap keliling Hadramaut sebelum mendengarkan kalam dan doa’ Habib Abdullah. Setidaknya mencoba menikmati senyum sang habib dan menerima suguhan teh atau kopi dari rumahnya yang dianggap penuh penuh berkah.
Habib Umar bin Hafidz tak mau menyentuh gelas kopi yang disuguhkan, ia hanya mau minum dari sisa minuman di gelas habib yang sangat dimuliakannya itu.

Dimana ketika dijumpai di suatu majelis yang dihadiri oleh habaib Tarim seperti Al Habib Abdullah bin Shahab (Ainu Tariem), Al Habib Salim bin Abdullah Asyatiri, Al Habib Masyhur bin Hafidz, Al Habib Umar bin Hafidz dan yang lainnya, kesemuanya merupakan permata nan indah dari Kota Tarim. Yang kemudian ketika waktu memberikan tausiyah, maka Al Habib Salim bin Abdullah Asyatiri tidak akan memberikan tausiyah sebelum Al Habib Abdullah bin Shahab memberikan tausiyah, Al Habib Masyhur bin Hafidz tidak akan memberikan tausiyah sebelum Al Habib Abdullah bin Shahab memberikan tausiyah, Al Habib Umar bin Hafidz tidak akan memberikan tausiyah sebelum Al Habib Abdullah bin Shahab memberikan tausiyah, begitu seterusnya.

Beliau begitu dicintai, dihormati, disayangi, dan dikagumi. Sedikit cerita mengenai ahli Tarim yang selalu menandakan akhlak dan ukhuwah dalam setiap apa pun yang dilakukan oleh mereka.

Habib Abdullah tidak melewatkan undangan siapa saja, terutama majlis ilmu, tanpa alasan yang jelas. Apabila beliau hadir, suasana majlis menjadi tampak agung, karena jamaah mendekat, merapat, takut kehilangan bahkan sepatah-dua patah kalam beliau yang sangat berharga, dan mengamini doa-doanya yang dipercaya makbul.

Habib Umar bin Hafidz yang dikenal sebagai jago pidato, akan menyerahkan semua waktunya kepada Habib Abdullah. Beliau di ibaratkan Sang Matahari tunggal didalam suatu majlis.

😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

Sunday, 4 March 2018




Dari fb Pondok habib

*_3 WIRID PARA WALI_*🌹🌹🌹
.
*_Habib Umar Bin Hafidz_* meriwayatkan bahwa *_Habib Ali Ibn Hassan Al Attas_* berkata :

3⃣Ada tiga macam wirid yang tidak pernah berpisah dengan *_para auliya'/sholihin,_* dikarenakan manfaat dari wirid ini yang sangat besar dalam hidup, baik di dunia maupun akhirat yaitu,: -

*_1. Membaca 100x sebelum sholat subuh:_*

*_سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم ،استغفرالله_*

*"Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim”,Astaghfirullah*...

*Ini dikenal dengan sebutan istighfar para malaikat.*
-

*_2. Membaca 100x sesudah sholat dzuhur:_*

*_لاإله إلا الله الملك الحق المبين_*

*“La ilaha illallah. Almalikul haqqul mubin”*

Rasulullah Shallallahu alaihi wa alaa aalihi wasallam bersabda *'Siapa saja yang membaca kalimat ini, akan selamat (dijauhkan) dari kemiskinan dan akan menenangkan serta menyenangkan di alam kubur dari rasa kesepian",*

*_3. Dan membaca sebelum tidur :_*

_*33x سبحان الله*_
Subhanallah

_*33x الحمدلله*_
Alhamdulillah

_*34x الله اكبر*_
Allahuakbar

Dan menutup dgn

*_لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ_*

*Laa ilaaha illallaah wahdahu laa syariika lah, lahul mulku walahul hamdu yuhyii wa yumiitu wa huwa ‘alaa kulli syaiin qadiir’*

Inilah kalimat yang diajarkan *_Rasulullah ﷺ_* kepada anaknya tercinta, *_Sayyidah Fatimah RA_* dan juga kepada *_Sayyidina Ali KW_*,

Para ulama mengatakan ada rahasia yang sangat besar dalam tasbih ini"..

Semoga bisa bermanfaat n  mengamalknnya, aamiin.

pemergiaan habib Salim bin Abdullah as-Syatiri dan ustaz Salam.



 Bismillahirrahmanirrahim.
Pemergian guru kami ustaz Abdus Salam mengiringi pemergian al-allamah Habib Salim bin Abdullah as- Syatiri. Keistimewaan Habib Salim rahimahullah, telah dicatat oleh ramai murid-muridnya. Cukup lah disebutkan disini susuk tubuh yang digelar sultan ulama itu mempunyai sifat yang sangat mesra dengan anak-anak kecil,menghargai sesiapa sahaja yang menziarahinya. Bahkan juga murid2 yang berkhidmat kepadanya. Pemergiannya meninggalkan kesan yang sangat besar bagi pencinta ilmu dan ulama.
Setiap orang yang pernah menjadi pelajar kepada ustaz Abdus Salam akan memiliki ingatan tersendiri terhadap beliau.
Guru yang mengenalkan i'rab Dan balaghah.
Tegas meminta pelajar-pelajar menghafaz syair2 dalam mahfuzat. Namun tidak pernah lokek memberi pujian.
“Awak pandai lahh".begitu pujian buat pelajar yang berjaya hafaz atau yang mampu terjemahkan syarah tafsir Jalalain.
Ustaz juga sering mengadakan kelas tambahan bahasa Arab Tanpa sebarang bayaran. Ikhlas mengharapkan muridnya dapat memahami bahasa syurga dengan baik.
Hasilnya ramai murid-murid maahad berjaya dalam memahami dan mengajarkan semula kaedah bahasa Arab.
Tumpang bangga dengan ukhti Syuhada Nur yang digelar kamus bergerak. Juga sahabat-sahabat lain yang tidal kurang hebatnya. Itulah hasil kegigihan guru- guru yang ikhlas seperti ustaz abdus Salam.
Dengan memahami kaedah bahasa Arab yg betul,sekurang- kurangnya pelajar maahad dapat memahami zahir makna ayat al-Quran bila dibaca sekalipun tidak 100%. Dapat memahami ayat al-Quran manjadi satu niamat yang sangat besar bagi seorang Muslim.
Semoga Allah melimpahkan cucuran rahmatNya buat al-allamah Habib Salim bin Abdullah As-Syatiri yang diizinkan Allah kami menerima ilmu beliau di Tarim.
Juga buat guru-guru yang telah mendahului kami.
syeikh Niamat Yusuf, ustaz Abu Bakar Awang
Ustaz Ghufran, ustaz Ali Rejab, ustaz Yusuf Ilyas dan ustaz Abdus Salam.
Al- Fatihah.
*mohon diizinkan foto dan video yang diambil dari media sosial.

Monday, 18 December 2017

Bulan Jamadil awal dan Jamadil akhir.




Di Tarim, pada dua bulan ini tidak terdapat sebarang munasabat. cuma segala bentuk pengajian yang telah menjadi kebiasaan sepanjang tahun berjalan seperti biasa. Seperti pengajian di Ribat tarim, maulid di masjid-masjid dan lain-lain lagi.

Saturday, 5 August 2017

Ramadhan dari sisi pandangan banat dar Zahra'.

Dari fb ukhti Syaima alhaddad.

RAMADHAN DI TAREEM, YAMAN

Salam ramadhan kareem
Terpanggil utk berkongsi tentang pesta ibadah di bumi auliya Tarim, Yaman.
Antara amalan yg kte rasa perlu utk dkongsi bersama:
✅ Ramadhan di sana ibarat raya. Meriah dengan ibadah. Semua berebut utk saf pertama bg banat Dar Zahra'. Tidak solat jemaah ibarat satu keaiban. Solat di awal waktu mjadi kewajipan. Al-quran, Wirid dan amalan2 sunat mnjadi rutin harian.
✅ Kurangkan tidur malam di bulan mulia ini, mereka mghidupkan malam slps terawih dengan al-quran, zikir serta pembacaan kitab. Tidur yg diamalkan pd bulan ni adalah selepas wirid pagi beserta kelas tafsir dan diikuti solat dhuha. Kemudian baru pulang ke kamar masing2 utk tidur. Boleh dikatakan waktu ini sunyi sbb semua menggunakan masa utk tidur agar dpt berjaga malam.
✅Solat Sunat Tasbih 4 rakaat(2+2) setelah solat sunat ba'diah maghrib. Dikatakan ganjarannya adalah Qasr fil jannah.
✅Bersiwak antara sunnah Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam. Banyak kelebihan brsiwak. Diamalkan setiap kali memulakan suatu amal. Baca quran solat dan sebagainya.
✅Qodho' solat fardu. Setiap kali lepas solat fardhu, akan bangun utk terus menunaikan solat qodho'. Kiranya 2 kali solat stiap kali solat fardhu. Bagi memenuhkn lopong2 solat2 kita yg bkmungkinan ada yg tak diterima ataupn tak sempurna n sbagainya. Dan setiap amalan fardhu digandakan ganjaranny 70x pd bulan mulia ini. Ya Robb!
✅Menghadirkan hati dgn Allahu Robbul 'alamin dalam setiap amalan n pekerjaan. Cnth: Ambil wudu' dhadirkan hati serta stiap anggota ada niatnya. Diakhiri dgn doa setelah berwuduk. Serta surah al-qadr sebanyak 3 kali. Dan digalakkan agar tidak bercakap selepas brwuduk dan terus solat sunat wuduk 2 rakaat. Dikatakan kisah ahli tasawuf yg mengibaratkan prbualan tntg duniawi yg melaghokan akan mmbatalkan wudu'. Makanya diambil smula wuduk. Itu pandangan mereka yg mementingkan kekhusyukan dlm stiap amal.
✅ Mengambil berat tntg khidmat. Menyusun kasut, menyediakan juadah utk yg berbuka puasa membersihkan musolla dan sebagainya.
✅ Mementingkan adab serta menjaga hati (husnu zhon) dlm setiap perkara.
✅ Mementingkan, Memperbanyakkan serta memperbesarkan niat dlm setiap majlis ilmu.
✅ Sentiasa menganggap orang lain lebih baik daripada kita. Akan ada sesi bersalaman setiap lepas subuh dan asar. Pada akhir daurah Ramadhon, salah seorg pserta muallaf, mengatakan itu adalah sesi yg paling disukai, bila saling bersalaman, saling bermaafan. Dan dalam hati dia akan berkata, "you're better than me". Ya Robb!
✅ Menghidupkan sunnah Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam dalam segala hal.
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
✅ Di sana .. Antara ayat yg diulang2 ktika bulan mulia ini
نشهد ألا إله إلا الله نستغفر الله نسألك الجنة ونعوذبك من النار. ...اللهم إنك عفو تحب العفو عنا. ..يا كريم...

Selepas Ramadhan terus sambung puasa 6 pd 2 Syawal. Raya yg sebenar bagi mereka adalah setelah habis puasa 6. Ya Robb! Alhamdulillah.Alhamdulillah. Syukru LILLAH 'ala kullu hazihinni'am. Semoga memberi manfaat bersama. Istiqomahlah hatta sekecil perkara. Boleh jadi amal kecil itu tinggi darjatny di sisi Allah. Boleh jadi juga amal yg besar tu kurang darjatny di sisiNYA. ALLAHU'ALAM. Moga Ramadhan kali ni lebih baik drpd sebelumnya. In shaa Allah. Sama2 saling mendoakan
رمضان كريم
"اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك."
Ini antara doa Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam nasihatkn utk baca setiap kali lepas solat. Antara usaha kita utk istiqomah dlm beribadat! Fastabiqul khoirat... moga kebahagiaan dunia akhirat milik kte smua. Moga Allah mengampuni dosa2 kte dan menerima amalan kte. In shaa Allah. Maaf atas silap dan salah. Shukran 'alaa kulli hal.

#BegitulaAktivitiKamiDiBulanRamadhan #MoodRinduSuasanaDarulZahro'


musalla daruzzahara'


*Dari fb  Syarifah Fatimah Nur Asyiqin aali Yahya.

Ramadhan di bumi Tarim.
===================
Pada Jumaat malam, kami semua sedang menunggu khabar apakah esoknya (Sabtu) 30 Sya'ban atau akan bermula 1 Ramadhan 1435. Tunggu punya tunggu berita tak kunjung tiba. Kat Malaysia boleh tahu melalui pengumuman di tv kan :).
Masuk waktu Isya', kami pun solat. Disebabkan masih belum mendapat apa-apa khabar, selesai je solat & zikir kami melakukan aktiviti masing-masing. Saya balik ke bilik je. Jap, nak gitau. Nama bilik saya ialah "Fatimah al-Zahra'". Sila ghibtoh :).
Ok sambung citer. Maybe dalam 30 minit kemudian, baru kami dapat khabar apa tarikh sebenar untuk esok hari. Allahu akbar, esok diisytiharkan bermulanya 1 Ramadhan. Ya, kami akan mula berpuasa di bumi Tarim :).
Apa yang membuatkan hati saya tersentuh ialah reaksi penghuni Darul Zahra' (DZ). Apabila je dapat tahu esok Sabtu (28 Jun 2014) bermula 1 Ramadhan, mereka menyambutnya dengan penuh gembira. Tidak pernah saya melihat suasana sambutan seperti itu, meriah & gembira. Selalunya kan gembira bila tahu esok raya. Tapi ini, gembira kerana tahu esok puasa. Mereka berpelukan sambil mengucapkan sesama mereka "kullu am wa anti bi khair, Ramadhan Kareem". Kemudian bergegas ke Musolla untuk solat Tarawih. Sehingga membuatkan saya bukan sekadar terharu melihat, bahkan turut gembira & cepat-cepat ke Musolla jua. Subhana Allah, kan :)
# Menarik; jadual di sepanjang Ramadhan di DZ. Malam tak tidur :).
Sahur bermula jam 2 am. Kemudian jam 3 bermula qiamulail. Lebih kurang 30 minit sebelum azan Subuh baca zikir dalam Khulasah al-Madad an- Nabawiyy secara beramai-ramai.
3.57: Azan Subuh berkumandang, solat & zikir. Kemudian dengar kuliah Subuh yang disampaikan oleh Habib Umar Benhafidz hafizahullah. Kuliah berakhir sehingga masuk waktu Dhuha. Selesai solat Dhuha. Lepas tu apa lagi, tiduuuur la :) Tidur sampai sebelum azan Zohor.
11.50: Azan Zohor berkumandang, solat & zikir. Kemudian tadaarus al-Quran. Selesai tadaarus, peluang untuk rehat & aktiviti masing-masing.
3.12: Azan Asar berkumandang, solat & zikir. Kemudian kuliah Asar (Rauhah) juga disampaikan oleh Habib Umar Benhafidz. Habib mengajar kami kitab "Quutul Qulub". Subhana Allah best. Disambung dengan Rasyafaat. (Rindu dengan lagu yang didendangkan untuk matan syair bagi Rasyafaat itu). Selesai je, rehat & aktiviti masing-masing.
6.12: Azan Maghrib berkumandang. Berbuka puasa ringan & ala kadar. Solat Maghrib & zikir. Kemudian baru berbuka dengan makanan berat. Walaupun kami berbuka tidak semewah rakyat Malaysia berbuka puasa, namun bagi saya berbuka di DZ sedap sokmo alhamdulillah. Sehingga saya tidak sempat nak jelesatun dengan rakyat Malaysia walaupun adik beradik saya sibuk duk share makanan berbuka hihi :)
7.35: Azan Isya' berkumandang. Solat Isya', Tarawih 20 rakaat & Witr.
---> Apa yang menarik di Tarim ini ialah solat Tarawih dilakukan hatta 100 rakaat. Bagaimana?
Macam ini. Menurut apa yang saya faham, ia melibatkan 5 buah masjid yang bersepakat untuk tunaikan solat Tarawih sampai 100 rakaat. Ia bermula dari Darul Mustofa (DM) 20 rakaat. Selesai di DM, mereka (yang mahu) akan bergerak ke masjid kedua. Maknanya masjid kedua ini masih belum solat Tarawih lagi sehingga datang jemaah dari DM. Mereka pun solat di masjid ini 20 rakaat. Selesai di sini, mereka bergerak ke masjid ketiga pula & begitulah seterusnya. Bukan dalam satu masjid 100 rakaat sekaligus. Akan tetapi ia melibatkan 5 buah masjid & ia dilakukan mengikut giliran. Ia untuk kaum lelaki sahaja :) Manakala kami setakat 20 rakaat & di dalam DZ, tidak keluar ke mana-mana seperti kita di Malaysia atau seperti saya ketika belajar di Syria dulu-dulu. Merata masjid keluar untuk solat Tarawih :).
Selesai solat Tarawih di DZ, kami bersiap-siap pula ke kelas Feqh & Hadis yang disampaikan oleh ustazah-ustazah mengikut level masing-masing. Habis je kelas di sini, ada pula kuliah tengah malam bersama Hubabah Nur (zaujah Habib Umar) hafizahallah. Habis sebelum jam 12.30 malam. Kemudian, siapa yang rajin akan ikut solat sunat bersama Hubabah Nur hafizahallah. Jika tidak, aktiviti bebas sementara tunggu waktu untuk sahur. Hakaza jadual Ramadhan :).
# Kuliah pagi & Asar oleh Habib Umar & kuliah malam oleh Hubabah Nur ada terjemahan dalam BM & BI. So anda tidak perlu bimbang untuk ikuti daurah jika tidak pandai BA :) Apapun mendengar kuliah Habib Umar secara langsung dari kalamnya yang berbahasa arab itu lebih jelas maknanya & indah  :).
-------------------------------------------------------------
Foto di dalam Musolla Bidha'h al-Mustofa. Inilah suasana Musolla yang didirikan di dalamnya solat jemaah on time, zikir & lain-lain amalan soleh.Saya dapat foto ini dari Si Google :) Nampaknya ia suasana pada awal pembinaan. Sebab depan tu sebenarnya ada penambahan sedikit ketika saya berada di sana. Takpelah, yang penting dapat juga anda gambarkan, kan :). Tempat solat yang selesa, berhawa dingin, ada kipas & bersih.


musalla ahlul kisa' darulmustafa.

Monday, 5 June 2017

Syeikh Abu Bakar bin Salim

Dari fb Madras Ribat.

As Sayyid al-Imam al-Fakhrul Wujud al-Habib Syekh Abu Bakar bin Salim Radliyallahu anhu

Beliau pernah berkata: “Seandainya aku tidak malu dengan Rosululllah SAW niscaya aku padamkan api neraka dengan kelingkingku saja.”

Beliau juga berkata, “Nadziriy wa nadziro nadziriy dakholal jannah.” (Orang yang melihatku dan orang yang melihat orang yang pernah melihatku akan masuk Surga)

Shohibul Maulid Simthud Durror as-Sayyid al-Imam al-Qutb al-Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi Ra berkata,  “Di zaman Syekh Abu Bakar bin Salim Ra hidup, Qolam di Lauhil Mahfudz tidak bergerak mencatat keburukan ahli zaman.”

Habib Umar pernah berkata, "Semua orang yg hadir di haul Syekh Abu Bakar bin Salim akan mendapat syafaat beliau termasuk bagi mereka yg datang dg niat buruk sekalipun"

Habib Munzir dalam tausiyahnya pernah mengatakan bahwa Syekh Abu Bakar bin Salim adalah orang yg mahfudz (tidak pernah ihtilam/mimpi basah). Beliau juga bersungguh-sungguh dalam menjalankan sunnah-sunnah Nabi SAW. Pada masa akhir usia beliau, beliau berujar, "Sunnah-sunnah  Nabi seluruhnya sudah aku lakukan, kecuali satu, yaitu memanjangkan rambut hingga mencapai batas telinga". Sesudah itu beliau sakit, hingga rambut beliaupun bertambah panjang dan akhirnya mencapai batas telinga. Maka lengkap sudah semua sunnah Nabi telah beliau lakukan.

KATSIB (PADANG PASIR) DI MAKAM SYEIKH ABUBAKAR BIN SALIM R.A.

Terdapat di dalam pemakaman kota ‘INAT (HADRAMAUT) sebidang tanah yang terkenal dengan nama”KATSIB”,
Tanah ini terletak antara pintu masuk pemakaman dan kubah Syeikh Abubakar bin Salim r.a.

Adapun kisah dari tempat ini adalah sebagai berikut:
Syeikh Abubakar bin Salim meninggal dalam pangkuan Yusuf bin ‘Abid salah seorang murid kesayangan beliau.
Menjelang ajal sang guru, Yusuf bin ‘Abid mengulang-ulang ayat berikut: "FALAMMA QADHAA ZAIDUMMINHA WATHARA" (Q.S. AL-AHZAB:37)
Dengan harapan bahwa sang guru akan menyambut ucapannya itu dengan ayat kelanjutannya yaitu: "ZAWWAJNAAKAHAA" (Q.S.AL-AHZAB: 37)
Yang maksudnya; Sang guru bersedia menurunkan semua ilmu dan ASRAR yang Beliau miliki kepada sang murid Yusuf bin ‘Abid.

Namun sang guru (Syeikh Abubakar bin Salim) berkata:

”Wahai Yusuf, semua ilmu yang telah kuajarkan kepadamu penuh dengan keberkahan, adapun mengenai ASRAR ku, andaikata aku tidak dapat menemukan seseorang yang pantas untuk menerimanya dari kalangan anak cucuku, maka aku akan tanam di bawah padang pasir ‘INAT."

Termasuk keutamaan tanah Katsib tersebut adalah sebagaimana yang diriwayatkan, sangat mujarab untuk mengobati penyakit.

Sampai tanah KATSIB tersebut menjadi rujukan manusia dari berbagai penjuru.

Dikisahkan…Seseorang datang menemui Almusnid Habib Umar bin Hafidz membawa air dalam botol yg diberi pasir KATSIB ingin meminta tambahan doa keberkahan dari Habib Umar bin Hafidz,

Maka Habib Umar bin Hafidz berkata bahwa ‘sungguh pasir KATSIB itu sudah jauh mencukupi, jauh lebih penuh keberkahan, dan doa ku ini tidak ada artinya dibandingkan dengan kandungan keberkahan pasir KATSIB itu.

Manaqib Beliau

Beliau lahir di Kota Tarim yang makmur, salah satu kota di Hadramaut, pada tanggal 13 Jumadi Ats-Tsani, tahun 919 H. Di kota itu, beliau tumbuh dengan pertumbuhan yang saleh, di bawah tradisi nenek moyangnya yang suci dalam menghafal Al-Quran.

Orang-orang terpercaya telah mengisahkan; manakala beliau mendapat kesulitan menghafal Al-Quran pada awalnya. Ayahnya mengadukan halnya kepada Syeikh Al-Imam Syihabuddin bin Abdurrahman bin Syeikh Ali. Maka Syeikh itu bertutur: "Biarkanlah dia! Dia akan mampu menghafal dengan sendirinya dan kelak dia akan menjadi orang besar. Maka menjadilah beliau seperti yang telah diucapkan Syeikh itu. Serta-merta, dalam waktu singkat, beliau telah mengkhatamkan Al-Quran.

Kemudian beliau disibukkan dengan menuntut ilmu-ilmu bahasa Arab dan agama dari para pembesar ulama dengan semangat yang kuat, kejernihan atin dan ketulusan niat. Bersamaan dengan itu, beliau memiliki semangat yang menyala dan ruh yang bergelora. Maka tampaklah tanda-tanda keluhurannya, bukti-bukti kecerdasannya dan ciri-ciri kepimpinannya. Sejak itu, sebagaimana diberitakan Asy-Syilly dalam kitab Al-Masyra' Ar-Rawy, beliau membolak-balik kitab-kitab tentang bahasa Arab dan agama dan bersungguh-sungguh dalam mengkajinya serta menghafal pokok-pokok dan cabang-cabang kedua disiplin tersebut. Sampai akhirnya, beliau mendapat langkah yang luas dalam segala ilmu pengetahuan.

Beliau telah menggabungkan pemahaman, peneguhan, penghafalan dan pendalaman. Beliaulah alim handal dalam ilmu-ilmu Syariat, mahir dalam sastra Arab dan pandai serta kokoh dalam segenap bidang pengetahuan.

Dalam semua bidang tersebut, beliau telah menampakkan kecerdasannya yang nyata. Maka, menonjollah karya-karyanya dalam mengajak dan membimbing hamba-hamba Allah menuju jalan-Nya yang lurus.

SEMANGATNYA DALAM MENUNTUT ILMU DAN BERIBADAH

Sejak kecil beliau telah hafal Quran. Beliau menuntut ilmu dari Sayid Umar Ba Syaiban, Al Faqih Abdullah bin Muhammad Baa Makhramah dan Syeikh Ma’ruf bin Abdullah Ba Jamal As-Syibami Ad-Dua’ni. Beliau mempelajari Risalatul Qusyairiyah yang sangat terkenal dalam dunia tasawuf di bawah bimbingan Syeikh Umar bin Abdullah Baa Makhramah.

Beliau gemar menekuni ilmu pengetahuan, sampai-sampai beliau mengkhatamkan Ihya’ Ulumuddin-nya Hujatul Islam Al-Ghazali sebanyak 40 kali dan mengkhatamkan kitab fiqih Syafi’iyah, Al-Minhaj karya Imam Nawawi sebanyak tiga kali. Di antara kebiasaan beliau adalah memberikan wejangan kepada masyarakat setelah sholat Jumat.

Beliau banyak melakukan ibadah dan riyadhoh. Pernah selama waktu yang cukup lama beliau berpuasa dan hanya berbuka dengan kurma yang masih hijau. Selama 90 hari beliau berpuasa dan sholat malam di lembah Yabhur. Dan selama 40 tahun beliau sholat subuh di Masjid Baa Isa, di kota Lisk, dengan wudhu Isya.

Setiap malam beliau berziarah ke tanah pekuburan Tarim dan berkeliling untuk melakukan sholat di berbagai masjid di Tarim, dan beliau mengakhiri perjalanannya dengan sholat Subuh berjamaah di masjid Baa Isa. Sampai akhir hayatnya beliau tidak pernah meninggalkan sholat witir dan dhuha.

Sepanjang hidupnya beliau berziarah ke makam Nabiyullah Hud sebanyak 40 kali. Setiap malam, selama 40 tahun, beliau berjalan dari Lisk menuju Tarim, melakukan sholat pada setiap masjid di Tarim, mengusung air untuk mengisi tempat wudhu, tempat minum bagi para peziarah, dan kolam tempat minum hewan.

Syeikh Abu Bakar bin Salim adalah syeikh Islam dan teladan manusia. Pemimpin alim ulama. Hiasan para wali. Seorang yang amat jarang ditemukan di zamannya. Da'i yang menunjukkan jalan Illahi dengan wataknya.

Pembimbing kepada kebenaran dengan perkataannya. Para ulama di zamannya mengakui keunggulannya. Dia telah menyegarkan berbagai warisan pendahulu-pendahulunya yang saleh. Beliaupun dipuji sebagai Titisan dari Hadrat Nabawi. Cabang dari pohon besar Alawi. Alim Rabbani. Imam kebanggaan Agama, Abu Bakar bin Salim Al-'Alawi, semoga Allah meridhainya.

HIJRAHNYA DARI TARIM

Beliau beranjak dari Kota Tarim ke kota lain bertujuan untuk menghidupkan pengajian. memperbarui corak dan menggalakkan dakwah Islamiyah di jantung kota tersebut. Maka berangkatlah beliau ke kota 'Inat, salah satu negeri Hadramaut. Beliau menjadikan kota itu sebagai kota hijrahnya. Di Kota itu beliau hidupkan dengan ilmu dan dipilihnya sebagai tempat pendidikan, pengajaran dan pembimbingan. Tinggallah di sana hingga kini, masjid yang beliau dirikan dan pemakaman beliau yang luas. Syahdan, berbondong-bondonglah manusia berdatangan dari berbagai pelosok negeri untuk menimba ilmunya. Murid-murid beliau mengunjunginya dari beragam tempat: Hadramaut, Yaman, Syam, India, Indus, Mesir, Afrika, Aden, Syihr dan Misyqash.

Para murid selalu mendekati beliau untuk mengambil kesempatan merasai gambaran kemuliaan dan menyerap limpahan ilmunya. Dengan merekalah pula, kota 'Inat yang kuno menjadi berkembang ramai. Kota itu pun berbangga dengan Syeikh Imam Abu Bakar bin Salim Al-'Alawi. Karena berkat kehadiran beliaulah kota tersebut terkenal dan tersohor, padahal sebelumnya adalah kota yang terlupakan.

Tentang hal itu, Muhammad bin Ali bin Ja'far Al-Katsiry bersyair:

Ketika kau datangi 'Inat, tanahnya pun bedendang

Dari permukaannya yang indah terpancarlah makrifat

Dahimu kau letakkan ke tanah menghadap kiblat

Puji syukur bagi yang membuatmu mencium tanah liatnya

Kota yang di dalamnya diletakkan kesempurnaan

Kota yang mendapat karunia besar dari warganya

Dengan khidmat, masuklah sang Syeikh merendahkan diri

Duhai, kota itu telah terpenuhi harapannya.

AKHLAQ DAN KEMULIAANNYA

Kota ‘Inat sangat identik dengan Sayyidina As-Syĕkh Abû Bakar bin Sãlim Ra , sebagaimana dikatakan oleh Sayyidina Al-Imam Al-‘Arif billah Al-Habib Ahmad bin Muhammad Al-Mahdhor dalam salah satu Risalah beliau :“Aku telah mendengar riwayat dari para kaum Sholihin bahwa As-Syĕkh Abû Bakar bin Sãlim Ra seringkali berkata :“iynatiy ‘iynatiy”, “Kota ‘Iynat adalah kotaku”

Sayyidina Al-Habib Al-Jalil Al-‘Allamah Hasan bin Isma’il Al-Hamid menerangkan hal ini :“Perkataan Sayyidina As-Syĕkh Abû Bakar bin Sãlim Ra ini mencerminkan bahwa kota ‘Iynat berada dibawah pengawasan dan kekuasaan ke-wilayahan beliau, barangsiapa yang membuat kerusakan dan kemungkaran di kota ‘Iynat maka orang tersebut akan mendapatkan bencana dalam waktu yang singkat”

Diriwayatkan dari Sayyidina Al-Imam Al-Jami’Al-‘Arif billah Al-Habib Ahmad bin Muhsin Al-Haddar :“Sekali waktu aku pernah bermimpi berjumpa dengan Sayyidina As-Syĕkh Abû Bakar bin Sãlim Ra dalam mimpiku tersebut, beliau menegur seseorang yang telah berbuat kemungkaran dalam kota ‘Inat, tak lama dari mimpiku tersebut kedua orang yang ternyata masih berbuat kemungkaran tersebut mati tanpa sebab yang jelas”

Syaikh Abu Bakar bin Salim RA adalah seorang dermawan dan murah hati, menginfakkan hartanya tanpa takut menjadi fakir. Dia memotong satu dua ekor unta untuk para peziarahnya, jika jumlah mereka banyak. Dan betapa banyak tamu yang mengunjungi ke pemukimannya yang luas.

Beliau amat mempedulikan para tamu dan memperhatikan keadaan mereka.Tidak kurang dari 1000 kerat roti tiap malam dan siangnya beliau sedekahkan untuk fuqara'. Kendati dia orang yang paling ringan tangannya dan paling banyak infaknya, dia tetap orang yang paling luhur budi pekertinya, paling lapang dadanya, paling sosial jiwanya dan paling rendah hatinya. Sampai-sampai orang banyak tidak pernah menyaksikannya beristirahat.

Syeikh ahli fiqih, Abdurrahman bin Ahmad Bawazir pernah berkata: "Syeikh Abu Bakar selama 15 tahun dari akhir umurnya tidak pernah terlihat duduk-duduk bersama orang-orang dekatnya dan orang-orang awam lainnya kecuali untuk menanti didirikannya sholat lima waktu".

Syeikh sangat mengasihani orang-orang lemah dan berkhidmat kepada orang-orang yang menderita kesusahan. Dia memperlihatkan dan menyenangkan perasaan mereka dan memenuhi hak-hak mereka dengan baik.

Selain murid-murid dan siswa-siswanya, banyak sekali orang berkunjung untuk menemuinya dari berbagai tempat; baik dari Barat ataupun Timur, dari Syam maupu Yaman, dari orang Arab maupun non-Arab. Mereka semua menghormati dan membanggakan beliau.

IBADAH DAN PENDIDIKANNYA

Seringkali beliau melakukan ibadah dan riyadhah. Sehingga suatu ketika beliau tidak henti-hentinya berpuasa selama beberapa waktu dan hanya berbuka dengan kurma muda berwarna hijau dari Jahmiyyah di kota Lisk yang diwariskan oleh ayahnya. Di abnar,beliau berpuasa selama 90 hari dan selalu sholat Subuh dengan air wudhu Isya' di Masjid Ba'isa di Kota Lask. Dalam pada itu, setiap malamnya di berangkat berziarah ke makam di Tarim dan sholat di masjid-masjid kota itu. Di masjid Ba'isa tersebut,beliau selalu sholat berjamaah. Menjelang wafat, beliau tidak pernah meningalkan sholat Dhuha dan witr.

Beliau selalu membaca wirid-wirid tareqat. beliau pribadi mempunyai beberapa doa dan salawat. Ada sebuah amalan wirid besar milik beliau yang disebut "Hizb al-Hamd wa Al-Majd" yang beliau diktekan kepada muridnya sebelum fajar tiba di sebuah masjid. Itu adalah karya terakhir yang disampaikan ke muridnya, Allamah Faqih Syeikh Muhammad bin Abdurrahman Bawazir pada tanggal 8 bulan Muharram tahun 992 H.

Ziarah ke makam Nabi Allah Hud a.s adalah kelaziman beliau yang lain. Sehingga Al-Faqih Muhammad bin Sirajuddin mengabarkan bahwa ziarah beliau mencapai 40 kali.

Setiap malam sepanjang 40 tahun, beliau beranjak dari Lask ke Tarim untuk sholat di masjid-masjid kedua kota tersebut sambil membawa beberapa tempat minum untuk wudhu, minum orang dan hewan yang berada di sekitar situ.

Ada banyak pengajaran dan kegiatan ilmiah yang beliau lakukan. Beliau membaca kitab Al-Ihya' karya Al-Ghazzali sebanyak 40 kali. Beliau juga membaca kitab Al-Minhaj-nya Imam Nawawi dalam fiqih Syafi'i sebanyak tiga kali secara kritis. Kitab Al-Minhaj adalah satu-satunya buku pegangannya dalam fiqih. Kemudian beliau juga membaca Ar-Risalah Al-Qusyairiyyah di depan gurunya, Syaikh Umar bin Abdullah Bamakhramah.
------------------------------------------------------------------
Insyaallah bersambung, :"Karomah2 Syekh Abu Bakar bin Salim"

Muchsin alatas.