Bismillahirrahmanirrahim.
Pemergian guru kami ustaz Abdus Salam mengiringi pemergian al-allamah Habib Salim bin Abdullah as- Syatiri. Keistimewaan Habib Salim rahimahullah, telah dicatat oleh ramai murid-muridnya. Cukup lah disebutkan disini susuk tubuh yang digelar sultan ulama itu mempunyai sifat yang sangat mesra dengan anak-anak kecil,menghargai sesiapa sahaja yang menziarahinya. Bahkan juga murid2 yang berkhidmat kepadanya. Pemergiannya meninggalkan kesan yang sangat besar bagi pencinta ilmu dan ulama.
Setiap orang yang pernah menjadi pelajar kepada ustaz Abdus Salam akan memiliki ingatan tersendiri terhadap beliau.
Guru yang mengenalkan i'rab Dan balaghah.
Tegas meminta pelajar-pelajar menghafaz syair2 dalam mahfuzat. Namun tidak pernah lokek memberi pujian.
“Awak pandai lahh".begitu pujian buat pelajar yang berjaya hafaz atau yang mampu terjemahkan syarah tafsir Jalalain.
Ustaz juga sering mengadakan kelas tambahan bahasa Arab Tanpa sebarang bayaran. Ikhlas mengharapkan muridnya dapat memahami bahasa syurga dengan baik.
Hasilnya ramai murid-murid maahad berjaya dalam memahami dan mengajarkan semula kaedah bahasa Arab.
Tumpang bangga dengan ukhti Syuhada Nur yang digelar kamus bergerak. Juga sahabat-sahabat lain yang tidal kurang hebatnya. Itulah hasil kegigihan guru- guru yang ikhlas seperti ustaz abdus Salam.
Dengan memahami kaedah bahasa Arab yg betul,sekurang- kurangnya pelajar maahad dapat memahami zahir makna ayat al-Quran bila dibaca sekalipun tidak 100%. Dapat memahami ayat al-Quran manjadi satu niamat yang sangat besar bagi seorang Muslim.
Semoga Allah melimpahkan cucuran rahmatNya buat al-allamah Habib Salim bin Abdullah As-Syatiri yang diizinkan Allah kami menerima ilmu beliau di Tarim.
Juga buat guru-guru yang telah mendahului kami.
syeikh Niamat Yusuf, ustaz Abu Bakar Awang
Ustaz Ghufran, ustaz Ali Rejab, ustaz Yusuf Ilyas dan ustaz Abdus Salam.
Al- Fatihah.
*mohon diizinkan foto dan video yang diambil dari media sosial.

No comments:
Post a Comment