Tuesday 6 December 2016

Seri Rabiul Awwal di bumi aulia, Tarim

بسم الله الرحمن الرحيم 

Segala puji bagi Allah pemberi rahmat dan maghfirah, Selawat dan salam buat kekasih-Nya saidina Muhammad rasulullah sallallahualaihiwasallam pemberi syafaat buat ummah.

Bulan Rabiul awal adalah bulan yang istimewa . Kerana ia bulan kelahiran nabi akhir zaman. Penutup segala nabi. Kekasih Allah. Pembawa panji-panji kepujian. Bagindalah Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam.

Di Tarim , Rabiulawal menjadi bulan yang paling meriah dan berseri setelah bulan Ramadhan.Di mana-mana sahaja  diadakan majlis salawat, burdah dan maulid. Baik di masjid-masjidnya yang berjumlah lebih dari 360 buah atau juga di tempat-tempat pengajian atau rumah-rumah persendirian. Masing-masing meraikan bulan Rabiulawal dengan penuh kegembiraan , bulan kelahiran nabi pembawa rahmah, nabi yang akan memberikan syafaat pada hari khiamah.Allahummasalliwasallimalaih.

Sudah tersusun dan diatur sejak berzaman lamanya dengan program-program yang menghidupkan jiwa , menjadikan masyarakat Tarim dan sekitarnya  akan turun memenuhi masjid dan tempat-tempat pengajian yang mengadakan majlis maulid dan tausiyah.Tanpa mengharapkan sebarang jamuan yang enak ,



hadirin memenuhi ruang luar di majlis bacaan maulid  masjid habib Abdurrahman as-saggaf.


mereka memenuhi ruang dan lorong-lorong sekitarnya. Ajibnya... kanak-kanak kecil juga begitu bersemangat melafazkan bait-bait syair selawat tanpa berpandukan sebarang catatan. MasyaAllah... begitulah mereka mendidik generasi. Hati-hati yang kecil itu terbina dengan zikir dan selawat. Subhanallah.

Kaum wanita meskipun tidak hadir ke masjid-masjid umum yang khususnya buat lelaki sahaja ,namun kaum ibu yang rumah mereka berdekatan masjid yang terlibat mengadakan majlis bacaan maulid , biasanya akan mengundang kaum keluarga lain untuk hadir kerumah mereka untuk sama-sama melihat kemeriahan sambutan tersebut dari dekat dan sama-sama melagukan qasidah dan syair maulid.




Jadual mauled Rabiul awal di Tarim dan sekitarnya

Tarikh
Masa
Tempat
Bacaan kitab maulid

1 Rabiul awal

                                                  

Syihir


7 Rabiul awal



Darul Mustafa


(mauled akhir)
Dhiyaullamie'

11 Rabiul Awal


Selepas asar

Masjid Syukrah-Khalef.

Kitab Mauled Imam Jaafar al-Barzanji

Malam  12 Rabiul awal

Selepas solat isyak


Masjid ba-Alawi

Mauled al-Huraifisyi

Pagi 12 Rabiul awal

Selepas solat subuh


-Masjid
 syeikh Omar al Muhdhar

-Masjid Ahmad ibnul Faqih- di Sahel.

-Masjid Habib Syeikh bin Abdurrahman maula Aidid- di Nuwaidirah


Kitab mauled
Syaraful Anam

Kitab mauled
Syaraful Anam

Kitab Mauled
Imam ad-Daibaie

12 Rabiul awal




Ziarah masyhad
Habib Ali bin Hasan al-Attas


(bidayah nisful akhir)
Isnin atau khamis

Antara zohor dan asar

Zawiyah Syeikh Ali bin Abu bakar Sakran.



Malam selasa




Masjid Surur -Nuwaidirah

Kitab Muled Sumthuddurar , Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi.

Ahad terakhir Rabie

Waktu Isyrak


Selepas maghrib

Masjid Hawi Imam al-Haddad.

-Turbah Zanbal.

-Masjid Awwabin –Nuwaidirah

-Masjid Sakran –Mujaf.



Isnin terakhir Rabie

Waktu Isyrak



Selepas Zohor

Kubbah Habib Abdullah
Bin Abu Bakar al-Iedrus-Turbah.

-Darul Mustafa






Dhiyaullamie'

Selasa terakhir Rabie


Selepas Isyrak.

Zawiyah Syeikh Salim
 Ba Fadhal-Khalef.



Rabu terakhir Rabie

Selepas Subuh

Selepas zohor

Selepas asar

Ribat Tarim

Ribat Tarim

Masjid habib Abdullah bin Syeikh al-Iedrus- Sehil



sumtuddurar

Khamis terakhir Rabie

Selepas maghrib

Berdekatan telaga habib ali bin Muhammad al-Habsyi -Seiyun


Jumaat terakhir Rabie

Selepas asar

Masjid Syeikh Abdur Rahman bin Muhammad as-Saggaf


Sabtu terakhir  Rabie

Selepas Maghrib

Masjid Maula Aidid.



# rujukan , kitab Aadaat Tarim(Sayyid Hamid bin Muhammad bin Abdullah bin Syihabuddin) dan buku Tarim dan sekitarnya.(saudara Irfan Nazhan Mohd Nasri).

صلى الله على نبينا أفضل الصلاة والسلام عليه

Catatan perjalanan ke Kunmin China.

 Bismillahhirrahmanirrahim

 Catatan: Abu Muhammad

Perjalanan safar bermula pada 18 julai 2016 ke KL. Pada 19 hb bertolak dari KLIA ke Kunming International airport bersama 26 orang rombongan yang diketuai Paksu Mid Bukit Tembaga.Perjalanan memakan masa hampir 5 jam sebelum sampai di Kunming, Yunnan China.


Sebenarnya ziarah ini adalah jemputan dari Syeikh Muhammad Habibul Alim bin Abdul Jamie,yang dikenali sebagai  Syeikh Kunming,terhadap Paksu Mid. Jadi dari Malaysia lagi kami telah diiringi oleh wakil syeikh di Malaysia. Alhamdulillah, Jemputan paksu kepada saya untuk turut serta dalam rombongan ini amatlah berharga .

Kunming, Sebuah daerah dalam wilayah Yunnan.
Bandar kunming dari bilik hotel yang dimiliki oleh komuniti muslim.
Paksu Mid dan syeikh Muhammad Habibul Alim

Syeikh Muhammad Habibul Alim bersama komuniti Islam Kunmimg

Hari pertama , menziarahi makam cucunda nabi Muhammad  yg ke 27.


Makam syeikh Syamsuddin
Syeikh Syamsuddin merupakan  datuk kepada Syeikh Muhammad.-Muhammad Habibul Alim bin Abdul Jamie' bin Riyadhuddin bin Syamsuddin bin Abdullah bin Riayatullah.

Menziarahi Syeikh Muhammad 


Hari seterusnya menziarahi makam  di Pu'er. Perjalanan kesana memakan masa 6 jam dengan bas. Dikiri kanan jalan bukit-bukitnya dipenuhi dengan kawasan pertanian yang subur. kami menempuh 30 terowong sebelum sampai ketempat yang di tuju.




Solat Jumaat  di Pu'er. Hadir awal ke masjid mengizinkan kami untuk mengambil gambar dalam masjid sebelum jamaah hadir. Selepas solat ada bacaan qasidah dengan penuh adab. MasyaAllah! SubhanAllah! Teringat di Tarim, bacaan qasidah di qubbah akhdhar Imam haddad. selepas solat jumaat.



Tazkirah ringkas imam sebelum solat Jumaat



Antara batu bersurat yang ditunjukkan kepada ahli rombongan.




Masjid lama 
Kembali ke bandar Kunming.
Masjid di kunming.Di sekeliling dataran masjid ini menjadi tempat komuniti muslim berjual beli dan bermuamalah.Berbagai jenis makanan cina muslim boleh didapati disini.

 



 Sebuah kawasan peniagaan dan rekreasi berhampiran tasik .Suasana peniagaannya seperti di Babulyaman. Inilah tasik Dianci.






Pelbagai jenis teh dan herba

Peniagaan jed

Paksu Mid bersama ahli rombongan dan sebahagian komuniti Islam Kunming.
Masyarakat Islam di kunming dilihat sebagai masyarakat muslim yang baik hati , berdaya saing , memiliki kemahiran, mengusahakan pertanian, perhotelan, pusat kungfu, jed dan lain-lain.
Allah menciptakan bangsa cina yang rajin.Nilai-nilai Islam yang telah dijiwai setelah mereka menjunjung syahadah menjadikan nilai dalam diri mereka bertambah murni.


Kunming secara ringkasnya merupakan suatu kawasan pertanian yang luas dan subur. Ini di pengaruhi faktor cuaca dan muka buminya.Teh hijau merupakan antara pengeluaran utama.Dari teh yang harganya agak rendah hinggalah kepada  yang mencapai ratusan ringgit per kilo.

Hadiah kaligrafi yang berharga.

Syeikh Muhammad menghadiahkan setiap ahli rombongan dengan Kaligrafi ayat al-Quran tulisan tangannya.
Semoga Allah membalas sepenuh himmah syeikh Muhammad itu dengan segala kebaikkan.

Ketika sampai waktu untuk kembali ketanah air , ia terasa seperti perpisahan dengan ahli keluarga sendiri. Kerana tautan akhidah dan ukhuwwah hubungan ini seperti seperti hubungan kekeluargaan yang dekat. Bahkan ada yang menitiskan air mata.Semoga ziarah ini bukan yang terakhir.

اطلبوا العلم ولو فى الصين
 
#maaf, ia cuma sebuah catatan ringkas.