Thursday 24 May 2018

Ramadhan yang hidup

Masjid al-Muhdhar.

Saat ramadhan menjelma, insan yang punya iman di dada , pasti akan rasa bahagia, kerana hadirnya masa, mengumpul pahala berganda, pintu syurga terbuka seluasnya, maghfirah dan rahmatNya merata.
Ramadhan , menghadirkan kerinduan yang mewangi , bagi siapa saja yang pernah bermukim di Tarim. Kerana Ramadhan disana sangat istimewa.Bila adat bersendi syariat, hidup terasa indah belaka. Bila syariat menjadi pakaian kita,hidup yang sukar terasa sempurna.



Dari bulan syaaban lagi,ahli Tarim akan mempersiapkan diri untuk menempuh Ramadhan.Masing-masing sibuk membersihkan rumah. Sememangnya kedatangan Ramadhan adalah tetamu istimewa yang sangat dinanti-nantikan. 
Jika kita membersihkan dan menghias  rumah di bulan Ramadhan untuk menyambut Syawal, namun mereka melakukannya  pada bulan syaaban untuk menyambut Ramadhan.

Aktiviti seharian bermula agak lewat pada siang hari Ramadhan berbanding hari-hari biasa. Kerana malam mereka lebih hidup . Perniagaan dan kedai akan aktif selepas solat zohor. Majlis ilmu juga turut diadakan di masjid Jamie.Pengajian khusus di dar Mustafa ,Ribat Tarim dan dar Zahara' sememangnya telah bercuti bermula 15 Syaaban lagi. Cuma terdapat beberapa halaqah yang menyambung bacaan kitab atas inisiatif sendiri. Dan kuliah-kuliah habib Omar selepas asar dan subuh berjalan seperti biasa.Majlis-majlis ilmu wujud dimana-mana.



Pengajian bersama habib Omar bin Hafiz di dar al-Mustafa.

Selepas solat asar masing-masing dengan kesibukkan sendiri. Tapi bukan perkara aneh apabila kita dapati peniaga-peniaga yang sedang menunggu pelanggan akan mengisi masa dengan membaca alQuran. Di mana-mana sahaja.


Iftar di Tarim penuh kesederhanaan. Biasanya mereka akan saling mengundang saudara mara untuk berbuka puasa dirumah . Kerana beramal dengan  anjuran Rasulullah untuk memberi makan kepada orang yang berbuka. Jiran kami menyebutkan bahawa dalam sebulan bulan Ramadhan, jarang sekali mereka berbuka puasa di rumah. Bukan berbuka puasa di kedai atau hotel tapi kerana sering diundang keluarga dan saudara mara yang berlumba-lumba menjamu orang yang berpuasa.

Bila jiran kami mengadakan majlis iftar untuk saudara mara, kami turut diundang. 
Hidangan berbuka yang mula dihidangkan adalah Tamar, air, sambosa dan bagal (sejenis sayur seperti sawi tapi tidak sepahit sawi). Apabila masuk waktu berbuka, hidangan itulah yang dimakan terlebih dahulu. Bagal dikunyah seperti kita mengunyah ulam. Kemudian masing-masing bangun mengerjakan solat maghrib berjamaah. Semestinya tiada ikhtilat lansung diantara lelaki dan wanita. Kaum muslimin akan ke masjid solat maghrib dan muslimah solat berjemaah di rumah. Menjadi kebiasaan mereka akan mengerjakan solat sunat awabin dan tasbih selepas maghrib. Setelah itu barulah tetamu akan dihidangkan dengan hidangan istimewa berupa nasi dengan ayam atau daging mengikut kemampuan masing-masing. Kemudian muslimin ke masjid untuk tarawih sementara muslimah mengerjakan tarawih 20rakaat berjamaah dirumah. Seperti biasa witir dilakukan 3 rakaat. Namun ada jamaah yang melanjutkan sendirian menjadi 11rakaat.Subhanallah. walaupun telah lanjut usia namun himmah beribadat mereka sangat dikagumi.


Jamaah di masjid Muhdhar.

Masjid-masjid di Tarim melaksanakan solat tarawih pada waktu yang berbeza.Ini memberi peluang kepada mereka yang mempunyai himmah yang tinggi dalam beribadat, dapat melaksanakan sebanyak-banyaknya solat sunat sepanjang malam Ramadhan.Bergantung kepada kemahuan masing-masing. Pelajar-pelajar juga diberi kebebasan untuk mengunjungi masjid-masjid lain setelah selesai tarawih di madrasah. Misalnya masjid Jauhari , solat pada awal waktu, masjid baAlawi pada waktu berikutnya, dikuti masjid-masjid lain sehinggalah yang terakhir adalah masjid Jamie yang melaksanakan tarawih ketika hampir waktu sahur.Dengan kesungguhan dan himmah , solat boleh terlaksana hingga mencapai 100 rakaat. Kalau berkehendak.....
surah-surah yang dibaca dalam solat Tarawih di Tarim biasanya adalah dari ad-dhuha hingga an-nass, dengan mengecualikan al-alaq dan al-bayyinah. Sementara di Darul Mustafa adalah bacaan al-Quran.

masjid al-Muhdhar

Dengan kedudukan rumah yang terletak di samping masjid  Ba Alawiyah, suasana meriah Ramadhan pada malam hari sangat terasa. Lebih-lebih lagi bila tiba malam khatam masjid Saggaf, BaAlawi atau Muhdar. Jamaah akan memenuhi lorong-lorong sekitar masjid.sejadah dihamparkan diatas jalan-jalan tempat laluan yang di tutup.Majlis khatam majlis penuh berkat. Dimakbulkan doa orang-orang yang hadir. Adalah menjadi amalan salafussoleh untuk mengundang orang ramai ketika khatam alQuran agar dapat berkongsi keberkatan.




Jualan sekitar Jamie'

Begitulah suasana penuh rahmah dan berkah pada bulan Ramadhan , bulan ibadah. Semoga Allah mengurniakan kekuatan dan himmah kepada kita untuk melaksanakan ibadah di bulan yang amat mulia ini.

Kredit gambar: fb عبدالله علوي بن شهاب.

Monday 5 March 2018

Habib ABDULLAH BIN SYIHAB





Dari fb UMMU NABIHAH.

Biografi Habib Abdullah bin Muhammad bin Syahab :

Beliau seorang yang sangat alim, berwibawa dan tawadhu. Dan Beliau termasuk A’yanil bilad Tariem (Tokoh-tokoh Habaib Tarim). Dan Beliau juga lah yang sering dijuluki Sang “Ainu Tariem” – Matanya Kota Tarim al Ghanna.

Usia Beliau sekitar 70-an, putra dari Al-Allamah Habib Muhammad, dan cucu dari Al-Allamah Habib Alwi bin Abdullah bin Shahabuddin, dipercaya telah mencapai maqam atau tingkatan yang sangat tinggi sebagai seorang sufi.

Seperti juga ayah, kakek, serta kakek buyutnya, beliau termasuk orang yang dekat dan begitu cinta kepad Rasulullah saw. Sehingga tak ada tindakan-tindakannya yang tidak mengacu pada perilaku Nabi saw.

Beliau sering diundang ke Indonesia, melalui para ulama dan habaib, dan jawaban Beliau selalu: ”Saya menunggu perintah saja!” ( Maksud dari perkataan Beliau ialah menunggu perintah dari ROSULULLAH Saw secara langsung ), karena beliau sering berdialog dengan baginda Rasul Saw.

Beliau biasa didatangi para Ulama yang hendak bepergian berdakwah ke luar negeri untuk minta izin, berpamitan dan memohon doa’ restu. Tak kurang, Habib Umar bin Hafidz, pemimpin Darul Mustafa, Tarim, yang mencetak Ulama-ulama muda di berbagai negeri, tak bisa tidak, selalu mencium tangan Habib Abdullah sebelum keliling mengunjungi anak muridnya. Jangan harap guru besar ini beranjak sebelum mendapat anggukan kepala Habib Abdullah.

Para ulama dan peziarah, khususnya dari Indonesia, juga belum merasa mantap keliling Hadramaut sebelum mendengarkan kalam dan doa’ Habib Abdullah. Setidaknya mencoba menikmati senyum sang habib dan menerima suguhan teh atau kopi dari rumahnya yang dianggap penuh penuh berkah.
Habib Umar bin Hafidz tak mau menyentuh gelas kopi yang disuguhkan, ia hanya mau minum dari sisa minuman di gelas habib yang sangat dimuliakannya itu.

Dimana ketika dijumpai di suatu majelis yang dihadiri oleh habaib Tarim seperti Al Habib Abdullah bin Shahab (Ainu Tariem), Al Habib Salim bin Abdullah Asyatiri, Al Habib Masyhur bin Hafidz, Al Habib Umar bin Hafidz dan yang lainnya, kesemuanya merupakan permata nan indah dari Kota Tarim. Yang kemudian ketika waktu memberikan tausiyah, maka Al Habib Salim bin Abdullah Asyatiri tidak akan memberikan tausiyah sebelum Al Habib Abdullah bin Shahab memberikan tausiyah, Al Habib Masyhur bin Hafidz tidak akan memberikan tausiyah sebelum Al Habib Abdullah bin Shahab memberikan tausiyah, Al Habib Umar bin Hafidz tidak akan memberikan tausiyah sebelum Al Habib Abdullah bin Shahab memberikan tausiyah, begitu seterusnya.

Beliau begitu dicintai, dihormati, disayangi, dan dikagumi. Sedikit cerita mengenai ahli Tarim yang selalu menandakan akhlak dan ukhuwah dalam setiap apa pun yang dilakukan oleh mereka.

Habib Abdullah tidak melewatkan undangan siapa saja, terutama majlis ilmu, tanpa alasan yang jelas. Apabila beliau hadir, suasana majlis menjadi tampak agung, karena jamaah mendekat, merapat, takut kehilangan bahkan sepatah-dua patah kalam beliau yang sangat berharga, dan mengamini doa-doanya yang dipercaya makbul.

Habib Umar bin Hafidz yang dikenal sebagai jago pidato, akan menyerahkan semua waktunya kepada Habib Abdullah. Beliau di ibaratkan Sang Matahari tunggal didalam suatu majlis.

😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

Sunday 4 March 2018




Dari fb Pondok habib

*_3 WIRID PARA WALI_*🌹🌹🌹
.
*_Habib Umar Bin Hafidz_* meriwayatkan bahwa *_Habib Ali Ibn Hassan Al Attas_* berkata :

3⃣Ada tiga macam wirid yang tidak pernah berpisah dengan *_para auliya'/sholihin,_* dikarenakan manfaat dari wirid ini yang sangat besar dalam hidup, baik di dunia maupun akhirat yaitu,: -

*_1. Membaca 100x sebelum sholat subuh:_*

*_سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم ،استغفرالله_*

*"Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim”,Astaghfirullah*...

*Ini dikenal dengan sebutan istighfar para malaikat.*
-

*_2. Membaca 100x sesudah sholat dzuhur:_*

*_لاإله إلا الله الملك الحق المبين_*

*“La ilaha illallah. Almalikul haqqul mubin”*

Rasulullah Shallallahu alaihi wa alaa aalihi wasallam bersabda *'Siapa saja yang membaca kalimat ini, akan selamat (dijauhkan) dari kemiskinan dan akan menenangkan serta menyenangkan di alam kubur dari rasa kesepian",*

*_3. Dan membaca sebelum tidur :_*

_*33x سبحان الله*_
Subhanallah

_*33x الحمدلله*_
Alhamdulillah

_*34x الله اكبر*_
Allahuakbar

Dan menutup dgn

*_لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ_*

*Laa ilaaha illallaah wahdahu laa syariika lah, lahul mulku walahul hamdu yuhyii wa yumiitu wa huwa ‘alaa kulli syaiin qadiir’*

Inilah kalimat yang diajarkan *_Rasulullah ﷺ_* kepada anaknya tercinta, *_Sayyidah Fatimah RA_* dan juga kepada *_Sayyidina Ali KW_*,

Para ulama mengatakan ada rahasia yang sangat besar dalam tasbih ini"..

Semoga bisa bermanfaat n  mengamalknnya, aamiin.

pemergiaan habib Salim bin Abdullah as-Syatiri dan ustaz Salam.



 Bismillahirrahmanirrahim.
Pemergian guru kami ustaz Abdus Salam mengiringi pemergian al-allamah Habib Salim bin Abdullah as- Syatiri. Keistimewaan Habib Salim rahimahullah, telah dicatat oleh ramai murid-muridnya. Cukup lah disebutkan disini susuk tubuh yang digelar sultan ulama itu mempunyai sifat yang sangat mesra dengan anak-anak kecil,menghargai sesiapa sahaja yang menziarahinya. Bahkan juga murid2 yang berkhidmat kepadanya. Pemergiannya meninggalkan kesan yang sangat besar bagi pencinta ilmu dan ulama.
Setiap orang yang pernah menjadi pelajar kepada ustaz Abdus Salam akan memiliki ingatan tersendiri terhadap beliau.
Guru yang mengenalkan i'rab Dan balaghah.
Tegas meminta pelajar-pelajar menghafaz syair2 dalam mahfuzat. Namun tidak pernah lokek memberi pujian.
“Awak pandai lahh".begitu pujian buat pelajar yang berjaya hafaz atau yang mampu terjemahkan syarah tafsir Jalalain.
Ustaz juga sering mengadakan kelas tambahan bahasa Arab Tanpa sebarang bayaran. Ikhlas mengharapkan muridnya dapat memahami bahasa syurga dengan baik.
Hasilnya ramai murid-murid maahad berjaya dalam memahami dan mengajarkan semula kaedah bahasa Arab.
Tumpang bangga dengan ukhti Syuhada Nur yang digelar kamus bergerak. Juga sahabat-sahabat lain yang tidal kurang hebatnya. Itulah hasil kegigihan guru- guru yang ikhlas seperti ustaz abdus Salam.
Dengan memahami kaedah bahasa Arab yg betul,sekurang- kurangnya pelajar maahad dapat memahami zahir makna ayat al-Quran bila dibaca sekalipun tidak 100%. Dapat memahami ayat al-Quran manjadi satu niamat yang sangat besar bagi seorang Muslim.
Semoga Allah melimpahkan cucuran rahmatNya buat al-allamah Habib Salim bin Abdullah As-Syatiri yang diizinkan Allah kami menerima ilmu beliau di Tarim.
Juga buat guru-guru yang telah mendahului kami.
syeikh Niamat Yusuf, ustaz Abu Bakar Awang
Ustaz Ghufran, ustaz Ali Rejab, ustaz Yusuf Ilyas dan ustaz Abdus Salam.
Al- Fatihah.
*mohon diizinkan foto dan video yang diambil dari media sosial.