Dari fb ukhti Syaima alhaddad.
RAMADHAN DI TAREEM, YAMAN
Salam ramadhan kareem
Terpanggil utk berkongsi tentang pesta ibadah di bumi auliya Tarim, Yaman.
Antara amalan yg kte rasa perlu utk dkongsi bersama:
Terpanggil utk berkongsi tentang pesta ibadah di bumi auliya Tarim, Yaman.
Antara amalan yg kte rasa perlu utk dkongsi bersama:
✅ Ramadhan di sana ibarat raya. Meriah dengan ibadah. Semua berebut utk saf pertama bg banat Dar Zahra'. Tidak solat jemaah ibarat satu keaiban. Solat di awal waktu mjadi kewajipan. Al-quran, Wirid dan amalan2 sunat mnjadi rutin harian.
✅ Kurangkan tidur malam di bulan mulia ini, mereka mghidupkan malam slps terawih dengan al-quran, zikir serta pembacaan kitab. Tidur yg diamalkan pd bulan ni adalah selepas wirid pagi beserta kelas tafsir dan diikuti solat dhuha. Kemudian baru pulang ke kamar masing2 utk tidur. Boleh dikatakan waktu ini sunyi sbb semua menggunakan masa utk tidur agar dpt berjaga malam.
✅Solat Sunat Tasbih 4 rakaat(2+2) setelah solat sunat ba'diah maghrib. Dikatakan ganjarannya adalah Qasr fil jannah.
✅Bersiwak antara sunnah Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam. Banyak kelebihan brsiwak. Diamalkan setiap kali memulakan suatu amal. Baca quran solat dan sebagainya.
✅Qodho' solat fardu. Setiap kali lepas solat fardhu, akan bangun utk terus menunaikan solat qodho'. Kiranya 2 kali solat stiap kali solat fardhu. Bagi memenuhkn lopong2 solat2 kita yg bkmungkinan ada yg tak diterima ataupn tak sempurna n sbagainya. Dan setiap amalan fardhu digandakan ganjaranny 70x pd bulan mulia ini. Ya Robb!
✅Menghadirkan hati dgn Allahu Robbul 'alamin dalam setiap amalan n pekerjaan. Cnth: Ambil wudu' dhadirkan hati serta stiap anggota ada niatnya. Diakhiri dgn doa setelah berwuduk. Serta surah al-qadr sebanyak 3 kali. Dan digalakkan agar tidak bercakap selepas brwuduk dan terus solat sunat wuduk 2 rakaat. Dikatakan kisah ahli tasawuf yg mengibaratkan prbualan tntg duniawi yg melaghokan akan mmbatalkan wudu'. Makanya diambil smula wuduk. Itu pandangan mereka yg mementingkan kekhusyukan dlm stiap amal.
✅ Mengambil berat tntg khidmat. Menyusun kasut, menyediakan juadah utk yg berbuka puasa membersihkan musolla dan sebagainya.
✅ Mementingkan adab serta menjaga hati (husnu zhon) dlm setiap perkara.
✅ Mementingkan, Memperbanyakkan serta memperbesarkan niat dlm setiap majlis ilmu.
✅ Sentiasa menganggap orang lain lebih baik daripada kita. Akan ada sesi bersalaman setiap lepas subuh dan asar. Pada akhir daurah Ramadhon, salah seorg pserta muallaf, mengatakan itu adalah sesi yg paling disukai, bila saling bersalaman, saling bermaafan. Dan dalam hati dia akan berkata, "you're better than me". Ya Robb!
✅ Menghidupkan sunnah Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam dalam segala hal.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد
✅ Di sana .. Antara ayat yg diulang2 ktika bulan mulia ini
نشهد ألا إله إلا الله نستغفر الله نسألك الجنة ونعوذبك من النار. ...اللهم إنك عفو تحب العفو عنا. ..يا كريم...
نشهد ألا إله إلا الله نستغفر الله نسألك الجنة ونعوذبك من النار. ...اللهم إنك عفو تحب العفو عنا. ..يا كريم...
Selepas Ramadhan terus sambung puasa 6 pd 2 Syawal. Raya yg sebenar bagi mereka adalah setelah habis puasa 6. Ya Robb! Alhamdulillah.Alhamdulillah. Syukru LILLAH 'ala kullu hazihinni'am. Semoga memberi manfaat bersama. Istiqomahlah hatta sekecil perkara. Boleh jadi amal kecil itu tinggi darjatny di sisi Allah. Boleh jadi juga amal yg besar tu kurang darjatny di sisiNYA. ALLAHU'ALAM. Moga Ramadhan kali ni lebih baik drpd sebelumnya. In shaa Allah. Sama2 saling mendoakan
رمضان كريم"اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك."
Ini antara doa Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam nasihatkn utk baca setiap kali lepas solat. Antara usaha kita utk istiqomah dlm beribadat! Fastabiqul khoirat... moga kebahagiaan dunia akhirat milik kte smua. Moga Allah mengampuni dosa2 kte dan menerima amalan kte. In shaa Allah. Maaf atas silap dan salah. Shukran 'alaa kulli hal.
#BegitulaAktivitiKamiDiBulanRamadhan #MoodRinduSuasanaDarulZahro'
musalla daruzzahara' |
*Dari fb Syarifah Fatimah Nur Asyiqin aali Yahya.
Ramadhan di bumi Tarim.
===================
===================
Pada Jumaat malam, kami semua sedang menunggu khabar apakah esoknya (Sabtu) 30 Sya'ban atau akan bermula 1 Ramadhan 1435. Tunggu punya tunggu berita tak kunjung tiba. Kat Malaysia boleh tahu melalui pengumuman di tv kan :).
Masuk waktu Isya', kami pun solat. Disebabkan masih belum mendapat apa-apa khabar, selesai je solat & zikir kami melakukan aktiviti masing-masing. Saya balik ke bilik je. Jap, nak gitau. Nama bilik saya ialah "Fatimah al-Zahra'". Sila ghibtoh :).
Ok sambung citer. Maybe dalam 30 minit kemudian, baru kami dapat khabar apa tarikh sebenar untuk esok hari. Allahu akbar, esok diisytiharkan bermulanya 1 Ramadhan. Ya, kami akan mula berpuasa di bumi Tarim :).
Apa yang membuatkan hati saya tersentuh ialah reaksi penghuni Darul Zahra' (DZ). Apabila je dapat tahu esok Sabtu (28 Jun 2014) bermula 1 Ramadhan, mereka menyambutnya dengan penuh gembira. Tidak pernah saya melihat suasana sambutan seperti itu, meriah & gembira. Selalunya kan gembira bila tahu esok raya. Tapi ini, gembira kerana tahu esok puasa. Mereka berpelukan sambil mengucapkan sesama mereka "kullu am wa anti bi khair, Ramadhan Kareem". Kemudian bergegas ke Musolla untuk solat Tarawih. Sehingga membuatkan saya bukan sekadar terharu melihat, bahkan turut gembira & cepat-cepat ke Musolla jua. Subhana Allah, kan :)
# Menarik; jadual di sepanjang Ramadhan di DZ. Malam tak tidur :).
Sahur bermula jam 2 am. Kemudian jam 3 bermula qiamulail. Lebih kurang 30 minit sebelum azan Subuh baca zikir dalam Khulasah al-Madad an- Nabawiyy secara beramai-ramai.
3.57: Azan Subuh berkumandang, solat & zikir. Kemudian dengar kuliah Subuh yang disampaikan oleh Habib Umar Benhafidz hafizahullah. Kuliah berakhir sehingga masuk waktu Dhuha. Selesai solat Dhuha. Lepas tu apa lagi, tiduuuur la :) Tidur sampai sebelum azan Zohor.
11.50: Azan Zohor berkumandang, solat & zikir. Kemudian tadaarus al-Quran. Selesai tadaarus, peluang untuk rehat & aktiviti masing-masing.
3.12: Azan Asar berkumandang, solat & zikir. Kemudian kuliah Asar (Rauhah) juga disampaikan oleh Habib Umar Benhafidz. Habib mengajar kami kitab "Quutul Qulub". Subhana Allah best. Disambung dengan Rasyafaat. (Rindu dengan lagu yang didendangkan untuk matan syair bagi Rasyafaat itu). Selesai je, rehat & aktiviti masing-masing.
6.12: Azan Maghrib berkumandang. Berbuka puasa ringan & ala kadar. Solat Maghrib & zikir. Kemudian baru berbuka dengan makanan berat. Walaupun kami berbuka tidak semewah rakyat Malaysia berbuka puasa, namun bagi saya berbuka di DZ sedap sokmo alhamdulillah. Sehingga saya tidak sempat nak jelesatun dengan rakyat Malaysia walaupun adik beradik saya sibuk duk share makanan berbuka hihi :)
7.35: Azan Isya' berkumandang. Solat Isya', Tarawih 20 rakaat & Witr.
---> Apa yang menarik di Tarim ini ialah solat Tarawih dilakukan hatta 100 rakaat. Bagaimana?
Macam ini. Menurut apa yang saya faham, ia melibatkan 5 buah masjid yang bersepakat untuk tunaikan solat Tarawih sampai 100 rakaat. Ia bermula dari Darul Mustofa (DM) 20 rakaat. Selesai di DM, mereka (yang mahu) akan bergerak ke masjid kedua. Maknanya masjid kedua ini masih belum solat Tarawih lagi sehingga datang jemaah dari DM. Mereka pun solat di masjid ini 20 rakaat. Selesai di sini, mereka bergerak ke masjid ketiga pula & begitulah seterusnya. Bukan dalam satu masjid 100 rakaat sekaligus. Akan tetapi ia melibatkan 5 buah masjid & ia dilakukan mengikut giliran. Ia untuk kaum lelaki sahaja :) Manakala kami setakat 20 rakaat & di dalam DZ, tidak keluar ke mana-mana seperti kita di Malaysia atau seperti saya ketika belajar di Syria dulu-dulu. Merata masjid keluar untuk solat Tarawih :).
Selesai solat Tarawih di DZ, kami bersiap-siap pula ke kelas Feqh & Hadis yang disampaikan oleh ustazah-ustazah mengikut level masing-masing. Habis je kelas di sini, ada pula kuliah tengah malam bersama Hubabah Nur (zaujah Habib Umar) hafizahallah. Habis sebelum jam 12.30 malam. Kemudian, siapa yang rajin akan ikut solat sunat bersama Hubabah Nur hafizahallah. Jika tidak, aktiviti bebas sementara tunggu waktu untuk sahur. Hakaza jadual Ramadhan :).
# Kuliah pagi & Asar oleh Habib Umar & kuliah malam oleh Hubabah Nur ada terjemahan dalam BM & BI. So anda tidak perlu bimbang untuk ikuti daurah jika tidak pandai BA :) Apapun mendengar kuliah Habib Umar secara langsung dari kalamnya yang berbahasa arab itu lebih jelas maknanya & indah :).
-------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------
Foto di dalam Musolla Bidha'h al-Mustofa. Inilah suasana Musolla yang didirikan di dalamnya solat jemaah on time, zikir & lain-lain amalan soleh.Saya dapat foto ini dari Si Google :) Nampaknya ia suasana pada awal pembinaan. Sebab depan tu sebenarnya ada penambahan sedikit ketika saya berada di sana. Takpelah, yang penting dapat juga anda gambarkan, kan :). Tempat solat yang selesa, berhawa dingin, ada kipas & bersih.
musalla ahlul kisa' darulmustafa. |
No comments:
Post a Comment