Tuesday 17 August 2021

fawaid hubabah nur

1st Majlis Maulid Nisa fi Tareem 💚
*Mawlid 1 RabiulAwwal @ Syuruq Syria*

🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

Nak petik 3 fawaid daripada kalimah hubabah kita *Hubabah Ummu Salim* _hafizahaLlah_ sebentar tadi: 

🌱 Habib Zein Bin Semait ajarkan satu amalan beliau sangat menggalakkannya khususnya bagi para wanita. Selama 40 hari berturut2 tidak terputus setiap hari dibaca ٣٦٠ kali sebanyak bilangan hari2 dalam setahun. Pada malam Jumaat pula ditambah baca 1 ribu kali begitu juga pagi Jumaat 1 ribu kali. Jumlah bacaannya selama 40 hari itu akan mencapai sebanyak 124 ribu kali. Iaitu membaca:
لا إله إلا الله محمد رسول الله صلى الله عليه و آله و صحبه و سلم
Pasti selepas hari ke-40 itu kalau tidak pada hari yang sama maka pada esoknya atau dalam minggu yang sama, pasti dia akan dapat bermimpi dengan RasuluLlah ï·º. Hubabah katakan bahawa amalan ini sangat mujarrab.

🌱 Amalan kedua siapa membaca sighah selawat ini 10× setiap malam dan pada malam Jumaat sebanyak 100×, iaitu:
اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ْ ÙˆَبَارِÙƒَ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ النَّبِÙŠِّ الأُÙ…ِّÙŠِّ الْØ­َبِيبِ الْعَالِÙŠ الْÙ‚َدْرِ الْعَظِيمِ الْجَاهِ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ ÙˆَصَØ­ْبِÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ْ
Maka Nabiï·º sendiri akan meletakkan mayatnya di lahad kuburnya nanti.

🌱 Ketiga Hubabah berpesan supaya jangan hanya mencukupi baca mawlid sekali sahaja sehari, bahkan bacalah 3× setiap hari di pagi, tengahari, petang atau malam. Bahkan kalau dapat lebih dari itu adalah sangat baik. (Habib Umar juga beberapa tahun sudah berpesan agar kita membaca mawlid bergilir2 di setiap bilik dan ruang di rumah kita). Mudah2an dengan keberkatan itu hati2 yang keras lagi gersang akan sedikit demi sedikit berubah. Dengan cara itu insyaAllah kita akan sampai ke penghujung bulan RabiulAwwal ini dalam keadaan hati2 kita sudah menjadi lembut dan subur. 

Semoga berkat keagungan bulan ini dan sohib bulan ini kita semua diberi tawfiq untuk mengamalkannya ya rabbal aalamiin_☘

Terjemahan & perkongsian: Ustzh FAZ SG