Sunday 25 December 2022
ziarah Habib Muhammad bin Ali Alhabshee
Ziarah habib Muhammad bin Aqil
Bismillahirrahmanirrahim.
Pada 10 sepetember 2022 sekali lagi ziarah barakah oleh habib Muhammad bin Agil. Mudir Ribat Fatah Seiyun.hadhramaut Yaman. Habib Muhammad tiba bersama rombongan ustaz Zuhir Abdullah. Mudir Maahad Tahfiz Imam Syafie Ulu Kelang.Mereka bertolak awal pagi dari Terengganu. Sampai ke Zawiyah Aydrusiyyah hampir pukul 3 petang. Makan tengahari dan lansung menyampaikan kuliah / rohah asar. berkaitan kelebihan menuntut ilmu.Habib Muhammad melengkapkan solat di mihrab Zawiyah dengan mengimamkan solat asar. Alhamdulillah.
Wednesday 9 November 2022
ziarah habib Ahmad bin Husin al-Aidid.
Bismillahirrahmanirrahim.
Pada 27 muharram 1444h / 25 Ogos 2022, genap sebulan kehadiran habib Muhdhor , Allah rezekikan pula kehadiran habib Ahmad bin Husin al-Aidid. Subhanallah. kemanisan setelah beberapa fasa ujian. Jika habib Aydrus imamkan jamaah solat zohor, habib Muhdhor imamkan solat isyak dan subuh, habib Ahmad juga imamkan solat subuh dan melengkapkan dengan bacaan aurad dari kitab khulasatul madad serta kuliah subuh ringkas dari kitab Adab sulukil murid . Lil imam Abdullah al-Haddad rahimahullah. Dan mengijazahkan kepada para jamaah himpunan aurad khulasatul madad yangg diterimanya lansung dari penyusun, al-habib Omar bin Hafiz hafizahullah.