Thursday 11 January 2024

Ziarah habib Muhammad bin Abdullah al-Aydrus ke zawiyah Aydrusiyyah


 بسم الله الرحمن الرحيم. 

Segala puji bagi Allah, selawat serta salam keatas junjungan mulia , nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam.

Alhamdulillah, dengan izin Allah sekali lagi Zawiyah Aydrusiyyah menerima kehadiran tetamu yang mulia pada 21 oktober 2022. Habib Muhammad bin Abdullah alAydrus hadhir setelah ziarahnya ke Terengganu . Rombongan Habib Muhammad sampai hampir waktu subuh. Mereka menunaikan solat subuh berjemaah di zawiyah dan menginap di homestay berhampiran.

Sebelum program rasmi di zawiyah selepas maghrib,Habib Muhammad berbesar hati menziarahi tapak masjid al-Aydrus dan menunaikan solat dirumah yang berada di tapak tanah tersebut. Kebetulan ziarah pada hari Jumaat, Habib Muhammad meluangkan waktu selepas asar dengan bacaan zikir dan solawat dari kitab Khulasah al-Madad . Terlihat keceriaan pada wajah Habib Muhammad menikmati pemandangan menghijau dan angin petang yang segar dikawasan berkenaan.

Alhamdulillah , program maulid akbar pada malam hari berjalan lancar dengan kehadiran tetamu yang memenuhi ruang. 

Habib Muhammad kemudianya bergerak ke Alor setar untuk program bersama Festival Sunnah.


#talqin zikir