Bismillahirrahmanirrahim.
Zawiyah aydrusiyah.
Alhamdulillah majlis dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri dari asatizah dan pencinta ahli ilmu juga murid-murid Habib Muhammad yang pernah belajar di Seiun.
Habib Muhammad turut memberikan ijazah maulid simtud-Durar dan ijazah khas kepada asatizah yang hadir. Serta hadiah berupa kitab dan poster simtuddurar. Terasa sangatlah berharga,hadiah dari orang yang mulia.
Diakhir ziarah Habib Muhammad turut berbesar hati membacakan doa syifa di telaga belakang rumah. Kerana ditelaga itu telah kami kumpulkan air dari 7 buah kolah masjid sekitar Tarim sebelum kami pulang ke Malaysia.
Bahagia memandang wajah orang yang tenang dan bahagia hatinya. Mungkin dari kesan banyaknya zikir dan salawat yang diamalkan. الا بذكر الله تطمئن القلوب