Bismillahhirrahmanirrahim
Perjalanan safar bermula pada 18 julai 2016 ke KL. Pada 19 hb bertolak dari KLIA ke Kunming International airport bersama 26 orang rombongan yang diketuai Paksu Mid Bukit Tembaga.Perjalanan memakan masa hampir 5 jam sebelum sampai di Kunming, Yunnan China.
Sebenarnya ziarah ini adalah jemputan dari Syeikh Muhammad Habibul Alim bin Abdul Jamie,yang dikenali sebagai Syeikh Kunming,terhadap Paksu Mid. Jadi dari Malaysia lagi kami telah diiringi oleh wakil syeikh di Malaysia. Alhamdulillah, Jemputan paksu kepada saya untuk turut serta dalam rombongan ini amatlah berharga .
Kunming, Sebuah daerah dalam wilayah Yunnan.
Hari pertama , menziarahi makam cucunda nabi Muhammad yg ke 27.
Syeikh Syamsuddin merupakan datuk kepada Syeikh Muhammad.-Muhammad Habibul Alim bin Abdul Jamie' bin Riyadhuddin bin Syamsuddin bin Abdullah bin Riayatullah.
Menziarahi Syeikh Muhammad
Kunming, Sebuah daerah dalam wilayah Yunnan.
Bandar kunming dari bilik hotel yang dimiliki oleh komuniti muslim. |
Paksu Mid dan syeikh Muhammad Habibul Alim |
Syeikh Muhammad Habibul Alim bersama komuniti Islam Kunmimg |
Hari pertama , menziarahi makam cucunda nabi Muhammad yg ke 27.
Makam syeikh Syamsuddin |
Menziarahi Syeikh Muhammad
Hari seterusnya menziarahi makam di Pu'er. Perjalanan kesana memakan masa 6 jam dengan bas. Dikiri kanan jalan bukit-bukitnya dipenuhi dengan kawasan pertanian yang subur. kami menempuh 30 terowong sebelum sampai ketempat yang di tuju.
Solat Jumaat di Pu'er. Hadir awal ke masjid mengizinkan kami untuk mengambil gambar dalam masjid sebelum jamaah hadir. Selepas solat ada bacaan qasidah dengan penuh adab. MasyaAllah! SubhanAllah! Teringat di Tarim, bacaan qasidah di qubbah akhdhar Imam haddad. selepas solat jumaat.
Tazkirah ringkas imam sebelum solat Jumaat |
Antara batu bersurat yang ditunjukkan kepada ahli rombongan. |
Masjid lama
Kembali ke bandar Kunming.
Masjid di kunming.Di sekeliling dataran masjid ini menjadi tempat komuniti muslim berjual beli dan bermuamalah.Berbagai jenis makanan cina muslim boleh didapati disini.
Sebuah kawasan peniagaan dan rekreasi berhampiran tasik .Suasana peniagaannya seperti di Babulyaman. Inilah tasik Dianci.

Pelbagai jenis teh dan herba |
Peniagaan jed |
Paksu Mid bersama ahli rombongan dan sebahagian komuniti Islam Kunming. |
Masyarakat Islam di kunming dilihat sebagai masyarakat muslim yang baik hati , berdaya saing , memiliki kemahiran, mengusahakan pertanian, perhotelan, pusat kungfu, jed dan lain-lain.
Allah menciptakan bangsa cina yang rajin.Nilai-nilai Islam yang telah dijiwai setelah mereka menjunjung syahadah menjadikan nilai dalam diri mereka bertambah murni.
Allah menciptakan bangsa cina yang rajin.Nilai-nilai Islam yang telah dijiwai setelah mereka menjunjung syahadah menjadikan nilai dalam diri mereka bertambah murni.
Kunming secara ringkasnya merupakan suatu kawasan pertanian yang luas dan subur. Ini di pengaruhi faktor cuaca dan muka buminya.Teh hijau merupakan antara pengeluaran utama.Dari teh yang harganya agak rendah hinggalah kepada yang mencapai ratusan ringgit per kilo.
Hadiah kaligrafi yang berharga.
Syeikh Muhammad menghadiahkan setiap ahli rombongan dengan Kaligrafi ayat al-Quran tulisan tangannya | . |
Semoga Allah membalas sepenuh himmah syeikh Muhammad itu dengan segala kebaikkan.
Ketika sampai waktu untuk kembali ketanah air , ia terasa seperti perpisahan dengan ahli keluarga sendiri. Kerana tautan akhidah dan ukhuwwah hubungan ini seperti seperti hubungan kekeluargaan yang dekat. Bahkan ada yang menitiskan air mata.Semoga ziarah ini bukan yang terakhir.
#maaf, ia cuma sebuah catatan ringkas.
Ketika sampai waktu untuk kembali ketanah air , ia terasa seperti perpisahan dengan ahli keluarga sendiri. Kerana tautan akhidah dan ukhuwwah hubungan ini seperti seperti hubungan kekeluargaan yang dekat. Bahkan ada yang menitiskan air mata.Semoga ziarah ini bukan yang terakhir.
اطلبوا العلم ولو فى الصين
No comments:
Post a Comment