بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah pemberi rahmat dan maghfirah, Selawat dan salam buat kekasih-Nya saidina Muhammad rasulullah sallallahualaihiwasallam pemberi syafaat buat ummah.
Bulan Rabiul awal adalah bulan yang istimewa . Kerana ia bulan kelahiran nabi akhir zaman. Penutup segala nabi. Kekasih Allah. Pembawa panji-panji kepujian. Bagindalah Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam.
Di Tarim , Rabiulawal menjadi bulan yang paling meriah dan berseri setelah bulan Ramadhan.Di mana-mana sahaja diadakan majlis salawat, burdah dan maulid. Baik di masjid-masjidnya yang berjumlah lebih dari 360 buah atau juga di tempat-tempat pengajian atau rumah-rumah persendirian. Masing-masing meraikan bulan Rabiulawal dengan penuh kegembiraan , bulan kelahiran nabi pembawa rahmah, nabi yang akan memberikan syafaat pada hari khiamah.Allahummasalliwasallimalaih.
Sudah tersusun dan diatur sejak berzaman lamanya dengan program-program yang menghidupkan jiwa , menjadikan masyarakat Tarim dan sekitarnya akan turun memenuhi masjid dan tempat-tempat pengajian yang mengadakan majlis maulid dan tausiyah.Tanpa mengharapkan sebarang jamuan yang enak ,
hadirin memenuhi ruang luar di majlis bacaan maulid masjid habib Abdurrahman as-saggaf. |
mereka memenuhi ruang dan lorong-lorong sekitarnya. Ajibnya... kanak-kanak kecil juga begitu bersemangat melafazkan bait-bait syair selawat tanpa berpandukan sebarang catatan. MasyaAllah... begitulah mereka mendidik generasi. Hati-hati yang kecil itu terbina dengan zikir dan selawat. Subhanallah.
Kaum wanita meskipun tidak hadir ke masjid-masjid umum yang khususnya buat lelaki sahaja ,namun kaum ibu yang rumah mereka berdekatan masjid yang terlibat mengadakan majlis bacaan maulid , biasanya akan mengundang kaum keluarga lain untuk hadir kerumah mereka untuk sama-sama melihat kemeriahan sambutan tersebut dari dekat dan sama-sama melagukan qasidah dan syair maulid.
Jadual mauled Rabiul awal di Tarim dan sekitarnya
Tarikh
|
Masa
|
Tempat
|
Bacaan kitab maulid
|
1 Rabiul awal
|
|
Syihir
|
|
7 Rabiul awal
|
|
Darul Mustafa
|
(mauled akhir)
Dhiyaullamie'
|
11 Rabiul Awal
|
Selepas asar
|
Masjid Syukrah-Khalef.
|
Kitab Mauled Imam Jaafar al-Barzanji
|
Malam 12 Rabiul awal
|
Selepas solat isyak
|
Masjid ba-Alawi
|
Mauled al-Huraifisyi
|
Pagi 12 Rabiul awal
|
Selepas solat subuh
|
-Masjid
syeikh Omar al Muhdhar
-Masjid Ahmad ibnul Faqih- di Sahel.
-Masjid Habib Syeikh bin Abdurrahman maula Aidid- di Nuwaidirah
|
Kitab mauled
Syaraful Anam
Kitab mauled
Syaraful Anam
Kitab Mauled
Imam ad-Daibaie
|
12 Rabiul awal
|
|
Ziarah masyhad
Habib Ali bin Hasan al-Attas
|
|
(bidayah nisful akhir)
Isnin atau khamis
|
Antara zohor dan asar
|
Zawiyah Syeikh Ali bin Abu bakar Sakran.
|
|
Malam selasa
|
|
Masjid Surur -Nuwaidirah
|
Kitab Muled Sumthuddurar , Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi.
|
Ahad terakhir Rabie
|
Waktu Isyrak
Selepas maghrib
|
Masjid Hawi Imam al-Haddad.
-Turbah Zanbal.
-Masjid Awwabin –Nuwaidirah
-Masjid Sakran –Mujaf.
|
|
Isnin terakhir Rabie
|
Waktu Isyrak
Selepas Zohor
|
Kubbah Habib Abdullah
Bin Abu Bakar al-Iedrus-Turbah.
-Darul Mustafa
|
Dhiyaullamie'
|
Selasa terakhir Rabie
|
Selepas Isyrak.
|
Zawiyah Syeikh Salim
Ba Fadhal-Khalef.
|
|
Rabu terakhir Rabie
|
Selepas Subuh
Selepas zohor
Selepas asar
|
Ribat Tarim
Ribat Tarim
Masjid habib Abdullah bin Syeikh al-Iedrus- Sehil
|
sumtuddurar
|
Khamis terakhir Rabie
|
Selepas maghrib
|
Berdekatan telaga habib ali bin Muhammad al-Habsyi -Seiyun
|
|
Jumaat terakhir Rabie
|
Selepas asar
|
Masjid Syeikh Abdur Rahman bin Muhammad as-Saggaf
|
|
Sabtu terakhir Rabie
|
Selepas Maghrib
|
Masjid Maula Aidid.
|
|
# rujukan , kitab Aadaat Tarim(Sayyid Hamid bin Muhammad bin Abdullah bin Syihabuddin) dan buku Tarim dan sekitarnya.(saudara Irfan Nazhan Mohd Nasri).
صلى الله على نبينا أفضل الصلاة والسلام عليه
No comments:
Post a Comment