Thursday, 16 February 2017

Mutiara Baidha'


al-habib Muhammad bin Abdullah al-Haddar, Habib Hasan as-Syatiri dan Habib Zein bin Ibrahim bin sumait

Imam al Habib Muhammad Bin Abdullah al Haddar
(1340H - 1418H / 1921M - 1997M)
Nasab.
Beliau ialah al Imam al Habib Muhammad Bin Abdullah al Haddar Bin Syeikh Bin Ahmad Bin  Muhsin Bin Ali Bin Soleh Bin Muhammad Bin Soleh Bin Ahmad Bin Husien Bin Syeikh Abu Bakar (Sohib Inat dan orang pertama yang dinisbahkan kepada keluarga Syeikh Abu Bakar Bin Salim) Bin Salim Bin Abdullah Bin Abd Rahman Bin Abdullah Bin Abd Rahman As Segaf Bin Muhammad Maula Ad Dawilah Bin Ali Bin Alwi Al Ghuyur Bin Imam Faqih Muqaddam Muhammad Bin Ali Ba Alawi Bin Muhammad Sohib Mirbat Bin Ali Kholi’ Qasam Bin Alwi Bin Muhammad Bin Alwi Bin Ubaidillah Bin Imam Ahmad Bin Isa Al Muhajir Bin Muhammad Naqib Bin Ali Uraidhi Bin Jakfar As Sodiq Bin Muhammad al Baqir
Bin Ali Zainal Abidin Bin Sayyidina Husien Bin Ali Bin Abi Tolib dan Sayyidah Fatimah Az Zahra Binti Rasulullah S.A.W.
*Kelahiran*
Beliau dilahirkan pada tahun 1340 H bersamaan 1921M di perkampungan A’zzah yang terletak di Kota Baidha’ (utara Yaman). Ayah beliau pula ialah Habib Abdullah al Haddar dan ibunya bernama Hubabah Nur Binti Abdullah Awadh Ba Sahi seorang wanita solehah yang asalnya daripada Kota Syibam dikenali dengan amal ibadahnya dan masyur dengan kemurahannya serta sering berpuasa dan berqiamullail. Beliau sering membantu golongan anak yatim, faqir miskin dan mereka yang kelaparan di Yaman selama Perang Dunia Ke Dua berlangsung dahulu.
Hubabah Nur juga dikatakan akan masuk ketempat memasak dari waktu pagi sehingga malam dan akan keluar sekira ada keperluan dan urusan penting sahaja seperti solat demi berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan. Sebelum nyawanya diangkat bertemu Sang Pencipta, beliau mengalami sakit yang kuat sehinggakan hanya mampu untuk berzikir sahaja kepada Allah dan tasbih yang digunakannya hampir jarang sekali terlepas daripada tanganya. Beliau wafat bertepatan tahun 1402H selepas Maghrib dan dikebumikan disamping suaminya iaitu Habib Abdullah al Haddar Bin Syeikh yang wafat pada tahub 1365H di Kota A’zzah Baidho.
Habib Muhammad al Haddar merupakan anak sulung daripada 7 orang adik beradik lelaki iaitu Soleh, Ahmad, Abd Qader, Husien, Abu Bakar dan Abdullah.
Pada awal kelahirannya beliau diberikan kepada seorang ulamak besar pada zamannya iaitu al Habib Muhsin Bin Ali Bin Salim untuk didoakannya.
*Permulaan pengembaraan menuntut ilmu*
Habib Muhammad Al Haddar merupakan seorang anak yang tekun dan gigih dalam menuntut ilmu. Pada awalnya beliau mempelajari dan membaca Al - Quran dengan Qadhi Hamud Hasan Al Kustaban. Kemudian beliau mempelajari asas ilmu agama dengan ayahnya sendiri dan Mufti Baidho iaitu Syeikh Muhammad Bin Husien Al Haithami beberapa matan didalam kitab Safinah Naja, Matan Abi Syuja’, Matan Zubad Ibnu Ruslan, Matan Al Ajrumiyah dan kitab – kitab lain.
Habib Muhammad Haddar menyebutkan sewaktu usia kecilnya yang bertepatan pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Beliau berada disebuah masjid dan terlihat satu cahaya yang terang benderang diatas seperti sinaran cahaya matahari. Beliau menyangka itulah tanda Lailatul Qadar dan terus pulang ke rumah untuk memberitahu ayahnya mengenai peristiwa tersebut. Kemudian ayahnya melihat cahaya tersebut dan memberitahu kepada anaknya “ Wahai anakku, moga - moga itulah tanda Lailatul Qadar dan berdoalah kamu agar dijadikan seorang ulamak yang beramal dengan ilmunya.” maka Habib Muhammad Al Haddar pun berdoa kepada Allah S.W.T.
Sewaktu usianya baru mencapai 17 tahun beliau meninggalkan kampung halamannya semata - mata untuk menuntut ilmu di Rubat Tarim dibawah tarbiyah dan didikan Ad dae’I Ilallah al Habib Abdullah Bin Omar Asy Syatiri.
Beliau bersama sahabatnya iaitu Ustaz Muhsin Bin Muhammad Al Haddar melakukan pengembaraan didalam menuntut ilmu dengan hanya berjalan kaki ke Kota Aden dan menaiki perahu layar yang membawa mereka dari Kota Aden sehingga menuju ke Kota Mukalla. Pada tahun yang sama juga telah wafatnya guru para alim ulamak di Mukalla iaitu al Habib Ahmad Bin Muhsin Al Haddar. Mereka agak terkilan tatkala mendengar berita kewafatan tersebut sebaik sahaja sampai di Kota Mukalla kerana tidak diberi kesempatan untuk menziarahi dan mengambil ilmu daripada al Habib Ahmad Bin Muhsin Al Haddar.
Tambahan lagi, Mereka terpaksa menghentikan buat sementara waktu niat untuk ke Tarim kerana berlaku pergolakan politik di Mukalla sehinggakan mereka terpaksa pulang ke kampung halamannya. Setelah beberapa lama, maka Habib Muhammad Al Haddar diperkenalkan oleh ayahnya dengan seorang soleh dan zuhud iaitu Sayyid Soleh Bin Ahmad Al Haddar untuk menemani dan membawa beliau ke Kota Tarim bagi meneruskan cita - citanya menuntut ilmu di Rubat Tarim. Maka apabila tiba di Desa Syaukan, berkatalah ayahnya dengan linangan air mata disaat mereka akan berpisah serta berdoa kepada Allah “Ya, Allah … orang kini menghantar anak – anak mereka ke negara eropah (Amerika) untuk mengejar dunia dan wang namun aku mengirimkan anakku untuk mempelajari agamamu, Maka kurniakanlah futuh kepadanya dan kelak menjadi ulamak yang beramal dengan ilmunya”
Habib Muhammad al Haddar mengalami kesusahan didalam perjalanannya menuju ke Kota Tarim. Bahkan beliau hampir sahaja mati kehausan di jalan pergunungan antara Kota Seiyun dan Kota Tarim dek cuaca yang terlalu panas. Akhirnya, tibalah beliau ke Kota Tarim dan terus masuk ke Rubat Tarim dan bertemu dengan gurunya al Habib Abdullah Bin Omar Asy Syatiri pada tahun 1385H.
*Mujahadah dan kegigihan dalam menuntut imu*
- Beliau menghabiskan waktunya selama 4 tahun di Rubat Tarim dengan mujahadah yang tinggi dan kegigihan yang hebat sehinggakan setiap kali sebelum memulakan pengajian pasti beliau akan megulangkaji pelajarannya sekurang - kurangnya 18 kali.
- Bahkan beliau sehari - hari hanya tidur selama dua jam sahaja iaitu satu jam siang hari dan satu jam pada malam harinya.
- Sentiasa mentahqiq matan didalam pelbagai bidang ilmu. Beliau menukar satu qaedah yang disebutkan ulamak iaitu من حفظ المتون هذا الفنون kepada من حقق المتون هذا الفنون iaitu tahqiq didalam matan terlebih afdhol daripada menghafal matan.
- Beliau tidur tidak berlapikkan tilam bahkan tilamnya itu diikat dari awal pengajiannya di Rubat Tarim sehingga akhir pengajiannya.
- Beliau tidak pernah membaca kiriman surat – surat yang diberikan kepadanya dan apabila tamat pengajiannya, baru beliau membuka dan membaca semua isi kandungan surat tersebut yang berisi berita yang menyedihkan mahupun menggembirakan.
- Beliau tidak kenal teman sebiliknya kerana terlalu khusyu didalam pengajian dan masanya hanya diberikan untuk ilmu sahaja.
*Sahabat sepengajian di Rubat Tarim*
1. Syeikh Al Allamah Muhammad Bin Ahmad Al Musya’bi (wafat 1402H di Baidho’)
2. Syeikh Al Allamah Abd Qader Bin A’tiq Jabr (Mufti Baihan wafat 1402H di Makkah)
*Para Gurunya*
1.Habib Abdullah Bin Omar Asy Syatiri (1290H - 1361H)
2.Habib Alwi Bin Abdullah Ben Syihabuddin (1303H - 1386H)
3.Habib Jakfar Bin Ahmad Al Aidrus (1308H - 1396H)
4.Habib Ahmad Masyur Bin Toha Al Haddad (1325H - 1416H)
5.Habib Abdullah Al Haddar Bin Syeikh iaitu ayahnya sendiri (1318H - 1365H)
6.As Sayyid Alawi Bin Abbas Al Maliki Al Hasani (1327H - 1391H)
7.Habib Ibrahim Bin Umar Bin Agil Ben Yahya (1327H - 1415H)
8.Syeikh Mahfuz Bin Salim Az Zubaidi (1321H - 1396H)
9.Syeikh Muhammad Bin Husien Al Haithami (Mufti Baidho’ 1292H - 1380H)
10.Habib Muhamad Bin Ahmad Asy Syatiri (1331H - 1422H)
11.Asy Syahid Habib Muhammad Bin Salim Ben Hafiz (1332H -)
12.Habib Abd Qader Bin Ahmad As Segaf (1331H - 1431H)
*Pujian Ulamak kepada beliau*
-Daripada gurunya Habib Abdullah Bin Umar Asy Syatiri antaranya mengenai semangat beliau yang tinggi dalam menuntut ilmu dan mengenai permohonan izin
daripada Habib Muhammad Haddar untuk membuka sebuah pusat pengajian di desa halamanya.
-Daripada gurunya Habib Jakfar Bin Ahmad Al Aidrus yang menggelarkan beliau dengan (الذهب البريز)  iaitu emas tulen.
-Daripada gurunya Syeikh Mahfuz Bin Othman
-Daripada gurunya Habib Ibrahim Bin Agil Ben Yahya (Mufti Taiz).
-Daripada sahabatnya Habib Hasan Bin Abdullah Asy Syatiri dan ramai lagi.
*Perjuangan dakwah*
*Pada tahun 1361H / 1941M*
gurunya Habib Abdullah Bin Omar Asy Syatiri wafat pada Habib Abdullah Al Haddar kembali ke kampung halamannya Beliau mempunyai semangat yang tinggi untuk menyebarkan risalah dakwah kepada ummah. Beliau mendirikan sebuah madrasah di tempat kelahirannya di A’zzah.
*Tahun 1362H / 1945M*
beliau melakukan Ibadah Haji dengan hanya berjalan kaki Sekembalinya dari Ibadah Haji beliau melanjutkan pengembaraanya ke Kota Ta’iz untuk menuntut ilmu kepada al Habib Ibrahim Bin Umar Bin Agil Ben Yahya.
*Tahun 1370H/ 1950M*
beliau melakukan perjalanan ke Somalia dan menjadi Imam Masjid Mirwas dan menetap disana  sekitar setahun setengah. Disinilah beliau bertemu dengan guru besar iaitu Habib Ahmad Masyur Bin Toha Al Haddad.
*Tahun 1375H / 1955M* beliau melakukan ibadah Haji kali ke dua dan mengambil kesempatan untuk mengambil ilmu kepada para alim ulamak Hijaz seperti al Muhaddis Syed Alwi Bin Abbas Al Maliki A Hasani.
*Tahun 1380H / 1960M* tertubuhlah rubat di Kota Baidho yang dinamakan Rubat Fatah yag didirikan oleh beliau sendiri. Pada awalnya beliau meminta al Habib Muhammad Bin Salim Ben Hafiz  mengirim seseorang untuk membantu beliau menjadi guru mengajar di Rubat Baidho. Maka al Allamah al Habib Zein Bin Ibrahim Bin Smith dipilih oleh Habib Muhammad Ben Hafiz ke Baidho dan berkhidmat disana sekitar 20 tahun.
*Tahun 1390H/1970M*
beliau dipenjara di Mukalla. Didalam tempoh tersebut beliau Berjaya mencorak dan membentuk mereka yang tinggal di penjara tersebut dengan pengajian ilmu, bacaan azkar dll.Sehingga dikatakan penjara tersebut seumpama sebuah rubat dek kesan tarbiyah beliau. Beliau akhirnya dibebaskan hasil perantaraan Habib Abd Qader Bin Ahmad As Segaf dan Habib Jakfar Bin Ahmad Al Aidrus.
*Tahun 1395H/1974M*
beliau menziarahi ke Kepulauan Comoros untuk bertemu dengan seorang ulamakbesar iaitu al Habib Umar Bin Ahmad Ben Smith.
*Tahun 1402H / 1981M*
bermulalah detik pertemuan dan pengajian ad Daei Ilallah al Habib Omar Ben Hafiz di Rubat Baidho lebih kurang sekitar 10 tahun sehingga menjadi guru mengajar disana.
*Ziarah ke Malaysia bagi menghadiri Ijtima’ Tabligh*
Habib Muhammad Al Haddar sering mengikuti Ijtima’ Tabligh di negara luar. Bahkan beliau pernah ke negara Pakistan, India, Thailand untuk menghadiri Ijtima’ tersebut. Habib Muhamad Al Haddar tiba di Malaysia menerusi penerbangan daripada Bangkok, Thailand pada hari selasa 7 safar 1403H bersamaan 22 November 1982M sekitar pukul 2.00 petang. Beliau disambut dengan ramai daripada muhibbin dan dibawa ke Masjid India, Kuala Lumpur.
Setelah menghadiri Ijtma’ Tabligh di Masjid India yang merupakan antara pusat gerakan Tabligh di Malaysia, beliau dibawa ke negeri Terengganu pula melalui jalan darat. Perjalanan sejauh 550 Km untuk menuju ke negeri Terengganu mengambil masa sekitar 8 jam. Apabila tiba di sebuah markas ijtima’ di negeri Terengganu, para tetamu melihat satu kawasan yang tersangat besar dan luas yang dihadiri pelbagai masyarakat daripada negeri dan negara luar. Jemaah Habib Muhammad Al Haddar pulang ke Kuala Lumpur setelah beberapa hari mengikuti Ijtima’ Tabligh disana dan seterusnya pulang ke kampung halamannya.
*Kewafatan*
Habib Muhammad Al Haddar ditimpa sakit yang agak kuat sebelum kewafatannya. Walaupun begitu beliau masih sempat untuk pindah ke Makkah. Akhirnya, beliau tersungkur sujud kepada Allah dan meninggalkan dunia ini pada 8 Rabiul Akhir 1418H bersamaan 1997M dan disemadikan jasadnya di perkuburan Ma’la di Makkah Al Mukarramah.
Beliau meninggalkan 11 orang anak lelaki iaitu Hasan, Husien, Ahmad, Tohir, Abdullah, Zain, Ibrahim, Hasyim, Toha, Abd Rahman, dan Hamzah. Kesemuanya merupakan para penuntut ilmu dan sebahagian besarnya merupakan para pendakwah yang masyur dikenal masyarakat dan pernah ke Malaysia.
Terjemahan ringkas daripada kitab
هداية الأخيار في سيرة الداعي إلى الله محمد بن عبدالله الهدار
oleh akh Irfan Nazhan Bin Mohd Nasri
Tarim, Hadhramaut Yaman

Tuesday, 6 December 2016

Seri Rabiul Awwal di bumi aulia, Tarim

بسم الله الرحمن الرحيم 

Segala puji bagi Allah pemberi rahmat dan maghfirah, Selawat dan salam buat kekasih-Nya saidina Muhammad rasulullah sallallahualaihiwasallam pemberi syafaat buat ummah.

Bulan Rabiul awal adalah bulan yang istimewa . Kerana ia bulan kelahiran nabi akhir zaman. Penutup segala nabi. Kekasih Allah. Pembawa panji-panji kepujian. Bagindalah Nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam.

Di Tarim , Rabiulawal menjadi bulan yang paling meriah dan berseri setelah bulan Ramadhan.Di mana-mana sahaja  diadakan majlis salawat, burdah dan maulid. Baik di masjid-masjidnya yang berjumlah lebih dari 360 buah atau juga di tempat-tempat pengajian atau rumah-rumah persendirian. Masing-masing meraikan bulan Rabiulawal dengan penuh kegembiraan , bulan kelahiran nabi pembawa rahmah, nabi yang akan memberikan syafaat pada hari khiamah.Allahummasalliwasallimalaih.

Sudah tersusun dan diatur sejak berzaman lamanya dengan program-program yang menghidupkan jiwa , menjadikan masyarakat Tarim dan sekitarnya  akan turun memenuhi masjid dan tempat-tempat pengajian yang mengadakan majlis maulid dan tausiyah.Tanpa mengharapkan sebarang jamuan yang enak ,



hadirin memenuhi ruang luar di majlis bacaan maulid  masjid habib Abdurrahman as-saggaf.


mereka memenuhi ruang dan lorong-lorong sekitarnya. Ajibnya... kanak-kanak kecil juga begitu bersemangat melafazkan bait-bait syair selawat tanpa berpandukan sebarang catatan. MasyaAllah... begitulah mereka mendidik generasi. Hati-hati yang kecil itu terbina dengan zikir dan selawat. Subhanallah.

Kaum wanita meskipun tidak hadir ke masjid-masjid umum yang khususnya buat lelaki sahaja ,namun kaum ibu yang rumah mereka berdekatan masjid yang terlibat mengadakan majlis bacaan maulid , biasanya akan mengundang kaum keluarga lain untuk hadir kerumah mereka untuk sama-sama melihat kemeriahan sambutan tersebut dari dekat dan sama-sama melagukan qasidah dan syair maulid.




Jadual mauled Rabiul awal di Tarim dan sekitarnya

Tarikh
Masa
Tempat
Bacaan kitab maulid

1 Rabiul awal

                                                  

Syihir


7 Rabiul awal



Darul Mustafa


(mauled akhir)
Dhiyaullamie'

11 Rabiul Awal


Selepas asar

Masjid Syukrah-Khalef.

Kitab Mauled Imam Jaafar al-Barzanji

Malam  12 Rabiul awal

Selepas solat isyak


Masjid ba-Alawi

Mauled al-Huraifisyi

Pagi 12 Rabiul awal

Selepas solat subuh


-Masjid
 syeikh Omar al Muhdhar

-Masjid Ahmad ibnul Faqih- di Sahel.

-Masjid Habib Syeikh bin Abdurrahman maula Aidid- di Nuwaidirah


Kitab mauled
Syaraful Anam

Kitab mauled
Syaraful Anam

Kitab Mauled
Imam ad-Daibaie

12 Rabiul awal




Ziarah masyhad
Habib Ali bin Hasan al-Attas


(bidayah nisful akhir)
Isnin atau khamis

Antara zohor dan asar

Zawiyah Syeikh Ali bin Abu bakar Sakran.



Malam selasa




Masjid Surur -Nuwaidirah

Kitab Muled Sumthuddurar , Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi.

Ahad terakhir Rabie

Waktu Isyrak


Selepas maghrib

Masjid Hawi Imam al-Haddad.

-Turbah Zanbal.

-Masjid Awwabin –Nuwaidirah

-Masjid Sakran –Mujaf.



Isnin terakhir Rabie

Waktu Isyrak



Selepas Zohor

Kubbah Habib Abdullah
Bin Abu Bakar al-Iedrus-Turbah.

-Darul Mustafa






Dhiyaullamie'

Selasa terakhir Rabie


Selepas Isyrak.

Zawiyah Syeikh Salim
 Ba Fadhal-Khalef.



Rabu terakhir Rabie

Selepas Subuh

Selepas zohor

Selepas asar

Ribat Tarim

Ribat Tarim

Masjid habib Abdullah bin Syeikh al-Iedrus- Sehil



sumtuddurar

Khamis terakhir Rabie

Selepas maghrib

Berdekatan telaga habib ali bin Muhammad al-Habsyi -Seiyun


Jumaat terakhir Rabie

Selepas asar

Masjid Syeikh Abdur Rahman bin Muhammad as-Saggaf


Sabtu terakhir  Rabie

Selepas Maghrib

Masjid Maula Aidid.



# rujukan , kitab Aadaat Tarim(Sayyid Hamid bin Muhammad bin Abdullah bin Syihabuddin) dan buku Tarim dan sekitarnya.(saudara Irfan Nazhan Mohd Nasri).

صلى الله على نبينا أفضل الصلاة والسلام عليه

Catatan perjalanan ke Kunmin China.

 Bismillahhirrahmanirrahim

 Catatan: Abu Muhammad

Perjalanan safar bermula pada 18 julai 2016 ke KL. Pada 19 hb bertolak dari KLIA ke Kunming International airport bersama 26 orang rombongan yang diketuai Paksu Mid Bukit Tembaga.Perjalanan memakan masa hampir 5 jam sebelum sampai di Kunming, Yunnan China.


Sebenarnya ziarah ini adalah jemputan dari Syeikh Muhammad Habibul Alim bin Abdul Jamie,yang dikenali sebagai  Syeikh Kunming,terhadap Paksu Mid. Jadi dari Malaysia lagi kami telah diiringi oleh wakil syeikh di Malaysia. Alhamdulillah, Jemputan paksu kepada saya untuk turut serta dalam rombongan ini amatlah berharga .

Kunming, Sebuah daerah dalam wilayah Yunnan.
Bandar kunming dari bilik hotel yang dimiliki oleh komuniti muslim.
Paksu Mid dan syeikh Muhammad Habibul Alim

Syeikh Muhammad Habibul Alim bersama komuniti Islam Kunmimg

Hari pertama , menziarahi makam cucunda nabi Muhammad  yg ke 27.


Makam syeikh Syamsuddin
Syeikh Syamsuddin merupakan  datuk kepada Syeikh Muhammad.-Muhammad Habibul Alim bin Abdul Jamie' bin Riyadhuddin bin Syamsuddin bin Abdullah bin Riayatullah.

Menziarahi Syeikh Muhammad 


Hari seterusnya menziarahi makam  di Pu'er. Perjalanan kesana memakan masa 6 jam dengan bas. Dikiri kanan jalan bukit-bukitnya dipenuhi dengan kawasan pertanian yang subur. kami menempuh 30 terowong sebelum sampai ketempat yang di tuju.




Solat Jumaat  di Pu'er. Hadir awal ke masjid mengizinkan kami untuk mengambil gambar dalam masjid sebelum jamaah hadir. Selepas solat ada bacaan qasidah dengan penuh adab. MasyaAllah! SubhanAllah! Teringat di Tarim, bacaan qasidah di qubbah akhdhar Imam haddad. selepas solat jumaat.



Tazkirah ringkas imam sebelum solat Jumaat



Antara batu bersurat yang ditunjukkan kepada ahli rombongan.




Masjid lama 
Kembali ke bandar Kunming.
Masjid di kunming.Di sekeliling dataran masjid ini menjadi tempat komuniti muslim berjual beli dan bermuamalah.Berbagai jenis makanan cina muslim boleh didapati disini.

 



 Sebuah kawasan peniagaan dan rekreasi berhampiran tasik .Suasana peniagaannya seperti di Babulyaman. Inilah tasik Dianci.






Pelbagai jenis teh dan herba

Peniagaan jed

Paksu Mid bersama ahli rombongan dan sebahagian komuniti Islam Kunming.
Masyarakat Islam di kunming dilihat sebagai masyarakat muslim yang baik hati , berdaya saing , memiliki kemahiran, mengusahakan pertanian, perhotelan, pusat kungfu, jed dan lain-lain.
Allah menciptakan bangsa cina yang rajin.Nilai-nilai Islam yang telah dijiwai setelah mereka menjunjung syahadah menjadikan nilai dalam diri mereka bertambah murni.


Kunming secara ringkasnya merupakan suatu kawasan pertanian yang luas dan subur. Ini di pengaruhi faktor cuaca dan muka buminya.Teh hijau merupakan antara pengeluaran utama.Dari teh yang harganya agak rendah hinggalah kepada  yang mencapai ratusan ringgit per kilo.

Hadiah kaligrafi yang berharga.

Syeikh Muhammad menghadiahkan setiap ahli rombongan dengan Kaligrafi ayat al-Quran tulisan tangannya.
Semoga Allah membalas sepenuh himmah syeikh Muhammad itu dengan segala kebaikkan.

Ketika sampai waktu untuk kembali ketanah air , ia terasa seperti perpisahan dengan ahli keluarga sendiri. Kerana tautan akhidah dan ukhuwwah hubungan ini seperti seperti hubungan kekeluargaan yang dekat. Bahkan ada yang menitiskan air mata.Semoga ziarah ini bukan yang terakhir.

اطلبوا العلم ولو فى الصين
 
#maaf, ia cuma sebuah catatan ringkas.