(Sebelum meneruskan catatan kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang percanggahan fakta. Dan kami bersedia menerima sebarang komen berkenaan tulisan di blog al-Ghannak ini.)
Kehidupan ilmu di Tarim sangat luas. Meskipun pernah mengalami zaman suram ketika peperangan saudara yang menyebabkan Yaman selatan dikuasai pemimpin berfahaman Komunis(hingga melarang sebarang pengajian ilmu, pusat-pusat pengajian ditutup dan ulama ditangkap) namun kini kehidupan berilmu semakin bercambah mekar.Bagi mereka yang baru pulang dari Hadhramaut menyifatkan tempat-tempat pengajian ilmu kini semakin hari semakin tumbuh subur bagai cendawan selepas hujan.
Ketika kami hadir keTarim (2001) , terdapat 3 pusat pengajian ilmu yang yang menjadi pilihan utama penuntut dari pelbagai negara . Ribat Tarim , Darul Mustafa dan kulliah syar'iah Jamiah al-Ahkhaf. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Ribat dengan ilmu serta pengalamannya . Kerana ia telahpun dibuka sejak tahun 1304 hijrah, Darul Mustafa dengan ilmu dan persekitaran pembangunan yang lebih moden. dan Jamiah al-Ahkhaf menggunakan kaedah universiti.Tapi tetap mempelajari kitab-kitab turath dan pensyarah-pensyarahnya merupakan ulama-ulama besar di Tarim .Pada tahun 2001 cuma terdapat seorang pelajar Malaysia di Jamiah Ahkhaf.
Hasrat awal adalah untuk menimba ilmu di Ribat. Namun atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan kami memilih untuk menjadi ahli Darul Mustafa untuk tahun yang pertama pengajian. Ia sebenarnya penuh hikmah . Keadaan ini memberi peluang untuk kami mengenali suasana pengajian di Darul Mustafa dan bergaul dengan kejiranan sekitar Raudhah. Pengajian yang bermula pada bulan Muharram ditempuh dengan rasa syukur yang tak terhingga. Bagi yang belum berkeluarga dan tinggal di Darul Mustaffa , kehidupan harian bermula seawal setengah jam atau satu jam sebelum subuh dengan aktiviti solat malam diikuti bacaan aurad yang disusun oleh al-Allamah habib Omar bin Hafiz melalui kitab Khulasatul-madad an-Nabawi fi aurad ali ba-Alawi.Semua aurad di dalam kitab kecil ini adalah merangkumi kehidupan seharian. Dari sebelum subuh hinggalah selepas Isyak.
Sementara pengajian kitab pada waktu itu bermula selepas dhuha dengan para penuntut belajar dalam bentuk halaqah dengan guru masing-masing dalam Musalla Ahlul -Kisa' di darul Mustafa.
(Satu pengiktirafan dari media terhadap Darul Mustafa)
Pelajar Darul Mustafa terdiri dari berbagai warna kulit. Dari Asia seperti Indonesia(sudah tentu mereka yang paling ramai), Malaysia , Singapura, Thailand dan juga dari Eropah seperti muslim Amerika, Britan juga Sweden.Ketika kami di sana terdapat bebarapa orang sahabat yang berasal dari Lubnan tetapi menjadi pemastautin Australia. Sementara yang pelajar yang datang dari benua Afrika ada yang berasal dari Kenya, Tanzania , Mesir dan lain-lain kepulauan.
Habib Ali Masyhur bin Muhammad bin Salim bin Hafizd |
Sejarah Ringkas Darul Mustafa.
(Sumber http//www.oocities.org/ibnusyam_travel/darul_mustafa.htm)
Sebelum didirikan Dar Mustafa yang ada sekarang , pelajar terdahulu tinggal di Ribat al-Mustafa di kota Syihir kemudian mereka berpindah ke Tarim dan tinggal di kamar-kamar masjid dan rumah Assana serta tempat mereka belajar adalah di masjid Maula Aidied. Ia diasaskan bersama oleh al-habib Ali Masyhur bin Muhammad bin Salim bin hafidz dan saudaranya al-habib Omar bin Muhammad bin Salim bin hafidz.
Di sebutkan bahawa al-Habib Ali zainal Abidin al-Hamid, Habib Jindan dan al-habib Ali al-Jufri merupakan antara generasi awal yang mendapat bimbingan dari Habib Omar dan Habib Ali Masyhur sendiri.Setelah bangunan baru Darul Mustafa di Raudhah siap di bina , bangunan lama Darul Mustafa menjadi penempatan pelajar perempuan dipanggil Darul Zahra' yang kemudiannya turut berpindah ke bangunan baru yang lebih cantik dan luas pada tahun 2002 juga di kawasan Raudhah.
Habib Omar bin hafizd |
Asas pengajian ilmu di Darul Mustafa adalah terletak pada 3 perkara utama ;
1. Penguasaan ilmu Islam secara murni(ilmu)
2.Pembersihan jiwa dan pemurnian akidah(suluk)
3. Da'wah ke jalan Allah.(da'wah)
Jadi bagi pelajar Darul Mustafa , mereka berpeluang untuk keluar berda'wah disekitar Hadhramaut atau ke sesuatu kawasan yang telah diaturkan oleh pihak pentabdbiran. Di samping bergaul dengan masyarakat dan menyampaikan apa yang dipelajari , ia sedikit sebanyak membantu pelajar memahami budaya setempat dan meluaskan penguasaan bahasa.
Habib Ali al-Jufri. |
Semoga paparan kali ini memberikan manfaat kepada pencinta ilmu dan ahli bait Rasulullah sallaAllahualaihiwasallam.
ustaz..nk tanya pndgn ustaz..antara ribat tarim dgn darul mustafa..mn pilihan sesuai untuk dibuat pilihan tmpt bljr??
ReplyDeleteinsyaAllah setiap tempat ada keistimewaan tersendiri.
Deleteterpulang kepada pilihan masing-masing.
maaf,saya admin blog ni, menjawab bagi pihak ustaz.
Deleteok,tp boleh detailkan keistimewaan tersendiri tu mcm mn??
ReplyDeleteRibat dengan keistimewaanya sebagai tempat pengajian yanglebih berusia dan berpengalaman. Sementara dar Mustafa merupakan pusat pendidikkan yang lebih moden di bawah pimpinan Habib Omar bin Hafiz.
Deletedekat darul Musthofa ada sistem pengajian takhassus ke?? macam contoh nak ambil bidang fiqh dan usul fiqh Syafi'i??
Delete