Tuesday, 8 February 2022

kelebihan Tarim. (dari FB Ummu Danish)

darul Fageh Tarem.


Alhamdulillah.. Tsumma Alhamdulillah
Ptg td Allah rezekikan utk bawa duyuf ziarah Hubabah Ummu Khadzim.. ❤️❤️

Alhamdulillah.. Mcm2 hubabah cerita & nasihat.. Ni ada sebahagian dr nasihat hbbh.. 

Tarim,
Siapa yg dtg berziarah atau bljr dgn bersungguh - sungguh, kaki nya ibarat di ikat oleh tarim..insya Allah Tarim akan memanggil kita semula..

Sesiapa yg dtg tarim dgn niat yg baik atau belajar ilmu atau ziarah, etc, akan dpt apa yg diingini.. 
Allah akan tunaikan hajat2nya, biiznillah

Hbbh ada cerita, ada sesorg prpuan dr Aden dia x dpt tidur dgn nyenyak (selalu terdgr bunyi2,x aman, mcm ada gangguan).. Bila dia dtg Tarim, dia dpt tidur dgn nyenyak & aman.. Masya Allah

Hubabah kata jgn risau kan anak2 yg belajar di sini.. Insya Allah mereka dgn ilmu yg dipelajari.. Allah memelihara mereka..
Ibu2 doakan yg terbaik utk mereka..

Hubabah berkata, dulu tarim x ada apa2.. Hatta buah pun x ada.. Tpi skrg.. Mknn dr bilad kita byk yg masuk.. Hbbh kata knapa? Sbb nak tetapkan ilmu yg berada di sini.. Utk penuntut ilmu di sini..

Ada 1 kisah.. Hbbh berkata, ada org dtg ziarah hbbh, dia bercerita,.. Dia nak anak dia ddk di tarim.. Utk bljr.. Tp anak dia x nak.. Sbb xde brg2/mknn dr bilad dia.. Dia inginkan sesuatu.. Tiba2 org khidmatnya hbbh membawa sesuatu mknn.. & mknn itu lah yg dicari bdk itu..maka bdk tu terkejut.. & berkata, ini ada di tarim? Terus dia kata tamam aku akan ddk di sini..
Masya Allah Tabarakallah.. 

Skrg dah ada mcm2 di tarim.. Hatta telephone.. Dulu hnya ada fon baku, hanya dgr suara shj.. Skrg dh ada fon touch screen, blh videocall..
Hbbh ada cerita, ada seorg prpuan tua, anaknya tinggal jauh dr dia, suatu hari video call dgn anaknya.. Dia sgt2 gembira, dia kata aku dpt tgk anak aku.. Tgk dia minum air, tgk dia ltk gula dlm air.. Maksudnya, skrg kita blh berhubung dgn mudah dgn family kita yg jauh dr Tarim..

Faedah:

📌 Baca
با تريم و أهلها  100kali

Kalau ada rasa kesempitan, keresahan atau kesedihan atau masalah, baca zikir ini 100 kali, insya Allah dgn berkat ahlul tarim dgn izin allah, allah  menghilang kan perkara2 yg dirasai itu

📌 Klau nak tidur

- Baca بسم الله الرحمن الرحيم 3 kali & kebas tmpt tidur
Syaitan akan jauh dr kita..
-ayatul kursi
- siwak
Hbbh kata jgn tinggal kan siwak.. Ltk di atas kepala.. Siwak tu jd mcm jabal besar, syaitan X dpt ganggu kita

Insya Allah dpt tidur dgn aman.. & mimpi yg baik2 shj

📌 Utk syifa (org yg sakit)

Baca yasin 1 kali atau 3 kali tiup kat air, & biarkan air tu sblm tidur bg pd org yg sakit tu minum
Atau esok pagi minum air yasin sblm gosok gigi..

Allahua'lam 

Bintu Izham
Aideed, Tarim
28 June 2021

#solluallannabiy
#yatareemwaahlaha

Friday, 3 December 2021

Tautan mahabbah


Antara Syeikh Mahmoud al-Wosabi dan ustaz Muhammad Nizar Ismail.

Ustaz Muhammad Nizar(Abu Abdul Qadir) 
 dan Syeikh Mahmoud bertemu ketika sama - sama belajar dalam satu Halaqah pengajian ( Halaqah Syed Hashim hafizahullah. suami Ustazah Zainab musyrifah darus Zahra') di Darul Musthafa Tarim Yaman sekitar tahun 2001-2003.
Syeikh Mahmoud berasal dari Hudaidah utara Yaman. 
Abu Abdul Qadir pulang ke Malaysia pada tahun 2005. Syeikh Mahmoud datang ke Malaysia pada tahun 2016. Dalam rangka dakwah dan berkahwin dengan seorang muslimah dari Negeri Sembilan. Beliau juga merupakan personaliti dakwah di tv Al-Hijrah. Setelah 6 tahun di Malaysia Allah temukan kembali dengan teman berbual sewaktu dihalaqah pengajian di Tarim, ketika jaulah dakwah Syeikh Mahmoud al-Wosabi ke Kedah. 
Pertemuan diaturkan saudara Muzakkir (pemilik maktabah Dar Salam sg petani) di rumah kami di Sg petani. 
Subhanallah. Ia kelihatan seperti pertemuan yang sangat membahagiakan. Berkongsi cerita dan keberkatan. 
Berkongsi ilmu dan manfaat. 
Semoga ada lagi ziarah yang seterusnya

https://youtube.com/shorts/PavsFf5Rmtw?feature=share

Wednesday, 17 November 2021

Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari an-Nadwi Al-Maliki Rahimahullah. Seorang murabbi dalam ingatan.

20 hari pemergian Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari an-Nadwi Al-Maliki Rahimahullah .

Beberapa hari selepas pemergian Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Rahimahullah (23 Rabiulawal 1443/30 Oktober 2021) kita mendengar juga tentang  pemergian beberapa ahli ilmu. Berturut-turut dalam jarak waktu yang sangat dekat. 
Namun bila membaca Al-Quran kita akan tahu jawapan. Al-Quran sentiasa ada jawapannya. 

ٱللَّهُ يَتَوَفَّى ٱلْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَٱلَّتِى لَمْ تَمُتْ فِى مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ ٱلَّتِى قَضَىٰ عَلَيْهَا ٱلْمَوْتَ وَيُرْسِلُ ٱلْأُخْرَىٰٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan 
Allah bagi kaum yang berfikir. 
Surah az-Zumar ayat 42

---------------------------

وَسِيقَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوْا۟ رَبَّهُمْ إِلَى ٱلْجَنَّةِ زُمَرًا ۖ حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَٰبُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلَٰمٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَٱدْخُلُوهَا خَٰلِدِينَ
Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam surga berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke surga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu. Berbahagialah kamu! maka masukilah surga ini, sedang kamu kekal di dalamnya".
Surah az-Zumar ayat 73.
----------------------

Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Rahimahullah adalah guru kami di Maahad Tarbiah Islamiah Derang(Mtid). Dari peringkat Thanawi hingga lah menjadi generasi pertama Al-Maahadul Ali Littafaqquh Fiddin. Dengan bimbingan Syeikh Nuruddin Al-Banjari hafizahullah, Syeikh Niamat Yusuf ,Syeikh Abu Bakar Awang dan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Rahimahumullah , saat-saat pengajian di Tafaqquh adalah saat yang sangat berharga.  Dulu Tafaqquh kami sebut sebagai(Al-Muttaqin) sekarang adalah (Maltaf). 

Pemergian Syeikh tentu saja memberikan kesan yang mendalam buat sesiapa saja yang pernah menjadi murid beliau. Berikut saya kongsikan beberapa ibrah dan hikmah dari kehidupan seorang guru yang dikasihi.

#Yang paling utama adalah Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Rahimahullah menyemai rasa cinta kepada Rasulullah menerusi pembacaan Burdah yang menjadi kewajipan anak-anak Mtid pada setiap  Isnin. Beliau menterjemahkan qasidah Burdah karangan Imam al-Bushiri Rahimahullah supaya kita dapat menghayati makna sebenar syair tersebut.
Juga pengajaran kitab Syamail Muhammadiyah ,mengenali keperibadian baginda Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam secara mendalam di Tafaqquh.
Alhamdulillah kami baca hingga khatam. Suatu niamat yang sangat besar.

#Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam merupakan guru pelajaran Tarikh Islami atau sejarah Islam di Thanawi Mtid . Cara pengajaran beliau seolah membawa pelajar kembali ke zaman sejarah yang kita pelajari. Sebagai contoh, zaman kejatuhan Baghdad ditangan bangsa Moghol , Zaman Harun- arRashid  dan sebagainya akan membuatkan pelajar kekal mencintai Sejarah zaman kegemilangan Islam. 

#Sewaktu di Mtid Syeikh mengkhususkan satu hari untuk mengajar kepada kaum muslimat sebagaimana Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam pernah mengkhususkan suatu waktu Baginda untuk kaum wanita. Syeikh mengajarkan kitab Muhimmah untuk muslimah perkampungan Derang. 

#Ketika berada di Thanawi 6 Mtid Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Rahimahullah adalah guru kelas kami. Menjadi tradisi anak-anak Mtid , Thanawi 6 akan mengumpulkan dana dari awal tahun untuk mengadakan kenduri meraikan guru-guru dan kakitangan Maahad . Ia juga adalah sebagai tanda mengakhiri marhalah Thanawi. Pelajar Thanawi 6 juga akan menyediakan cenderahati untuk guru-guru yang pernah mengajar sejak dari awal. 
Syeikh Ahmad Fahmi seorang yang sangat menjaga adab-adab dalam pergaulan. Beliau tidak mahu berlaku sebarang ikhtilat diantara pelajar banin (lelaki) dan banat (Perempuan). Dan tidak mahu jika terdengar sebarang cakap-cakap yang tidak baik tentang pelajarnya . Lantas beliau mengambil keputusan untuk mengadakan kenduri akhir tahun kelas kami di rumah beliau sendiri. Pelajar Banat berada dibahagian atas rumah beliau bersama ahli keluarga dan guru-guru muslimat dan pelajar banin berada ditingkat bawah bersama Syeikh dan guru-guru muslimin. Kami di tingkat atas dapat mendengar Tausiyah dan nasihat dari beliau melalui alat pembesar suara yang memang telah sedia terpasang. Syeikh menanggung keseluruhan kos kenduri dan kami cuma menggunakan wang dana untuk cenderahati buat guru-guru. 
  رحم الله شيخنا رحمة واسعا

# Kalam Syeikh Ahmad Fahmi Rahimahullah yang akan selalu diingati ialah "Tidak ada yang namanya bekas murid kerana murid itu selama-lamanya murid"
Kerana itu persatuan pelajar lama Mtid tidak disebut sebagai persatuan bekas murid tapi disebut sebagai Alumni MtiD.

#Sewaktu di Tafaqquh, Syeikh Ahmad Fahmi Rahimahullah ada meminta kami mengarang Biografi tokoh. Ada pelajar yang meminta pandangan Syeikh sekiranya dia mengarang Biografi seorang tokoh yang masih lagi hidup ketika itu. Pada pandangan Syeikh adalah lebih baik sekiranya karangan biografi dibuat untuk orang yang telah tiada. Supaya tiada timbul perasaan yang kurang baik pada individu tersebut dan sebagainya. 

#Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Rahimahullah sangat menggalakan pelajar mempelajari dengan baik bahasa ibunda masing-masing. Kerana ia adalah wadah untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat setempat dengan berkesan. Sebagai contoh, bahasa melayu mempunyai keindahan tersendiri dengan peribahasa, pantun, syair dan puisi yang indah. Jadi ia menjadi satu nilai tambah bagi pendakwah yang dapat mengusai kesenian bahasa untuk menyampaikan ilmu dan menarik minat masyarakat. 
(Syeikh telah mengarang  syair panjang bertajuk " Syair wasiat akhir zaman" dan pernah di keluarkan dalam bentuk kaset nasyid)

#MtiD telah diasaskan dan dibangunkan bersama oleh para guru yang berjiwa besar. Antaranya Syeikh Niamat Yusuf , Syeikh Abu Bakar Awang dan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Rahimahumullah. 
Semoga Allah sentiasa memelihara dan memberkati bumi Maahad Tarbiah Islamiah Derang.
 Dan semoga ilmu yang disampaikan kepada murid-murid Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Rahimahullah menjadi ilmu yang bermanfaat dunia dan akhirat.

Tuesday, 17 August 2021

fawaid hubabah nur

1st Majlis Maulid Nisa fi Tareem 💚
*Mawlid 1 RabiulAwwal @ Syuruq Syria*

🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿

Nak petik 3 fawaid daripada kalimah hubabah kita *Hubabah Ummu Salim* _hafizahaLlah_ sebentar tadi: 

🌱 Habib Zein Bin Semait ajarkan satu amalan beliau sangat menggalakkannya khususnya bagi para wanita. Selama 40 hari berturut2 tidak terputus setiap hari dibaca ٣٦٠ kali sebanyak bilangan hari2 dalam setahun. Pada malam Jumaat pula ditambah baca 1 ribu kali begitu juga pagi Jumaat 1 ribu kali. Jumlah bacaannya selama 40 hari itu akan mencapai sebanyak 124 ribu kali. Iaitu membaca:
لا إله إلا الله محمد رسول الله صلى الله عليه و آله و صحبه و سلم
Pasti selepas hari ke-40 itu kalau tidak pada hari yang sama maka pada esoknya atau dalam minggu yang sama, pasti dia akan dapat bermimpi dengan RasuluLlah ﷺ. Hubabah katakan bahawa amalan ini sangat mujarrab.

🌱 Amalan kedua siapa membaca sighah selawat ini 10× setiap malam dan pada malam Jumaat sebanyak 100×, iaitu:
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ الْحَبِيبِ الْعَالِي الْقَدْرِ الْعَظِيمِ الْجَاهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
Maka Nabiﷺ sendiri akan meletakkan mayatnya di lahad kuburnya nanti.

🌱 Ketiga Hubabah berpesan supaya jangan hanya mencukupi baca mawlid sekali sahaja sehari, bahkan bacalah 3× setiap hari di pagi, tengahari, petang atau malam. Bahkan kalau dapat lebih dari itu adalah sangat baik. (Habib Umar juga beberapa tahun sudah berpesan agar kita membaca mawlid bergilir2 di setiap bilik dan ruang di rumah kita). Mudah2an dengan keberkatan itu hati2 yang keras lagi gersang akan sedikit demi sedikit berubah. Dengan cara itu insyaAllah kita akan sampai ke penghujung bulan RabiulAwwal ini dalam keadaan hati2 kita sudah menjadi lembut dan subur. 

Semoga berkat keagungan bulan ini dan sohib bulan ini kita semua diberi tawfiq untuk mengamalkannya ya rabbal aalamiin_☘

Terjemahan & perkongsian: Ustzh FAZ SG

Thursday, 24 May 2018

Ramadhan yang hidup

Masjid al-Muhdhar.

Saat ramadhan menjelma, insan yang punya iman di dada , pasti akan rasa bahagia, kerana hadirnya masa, mengumpul pahala berganda, pintu syurga terbuka seluasnya, maghfirah dan rahmatNya merata.
Ramadhan , menghadirkan kerinduan yang mewangi , bagi siapa saja yang pernah bermukim di Tarim. Kerana Ramadhan disana sangat istimewa.Bila adat bersendi syariat, hidup terasa indah belaka. Bila syariat menjadi pakaian kita,hidup yang sukar terasa sempurna.



Dari bulan syaaban lagi,ahli Tarim akan mempersiapkan diri untuk menempuh Ramadhan.Masing-masing sibuk membersihkan rumah. Sememangnya kedatangan Ramadhan adalah tetamu istimewa yang sangat dinanti-nantikan. 
Jika kita membersihkan dan menghias  rumah di bulan Ramadhan untuk menyambut Syawal, namun mereka melakukannya  pada bulan syaaban untuk menyambut Ramadhan.

Aktiviti seharian bermula agak lewat pada siang hari Ramadhan berbanding hari-hari biasa. Kerana malam mereka lebih hidup . Perniagaan dan kedai akan aktif selepas solat zohor. Majlis ilmu juga turut diadakan di masjid Jamie.Pengajian khusus di dar Mustafa ,Ribat Tarim dan dar Zahara' sememangnya telah bercuti bermula 15 Syaaban lagi. Cuma terdapat beberapa halaqah yang menyambung bacaan kitab atas inisiatif sendiri. Dan kuliah-kuliah habib Omar selepas asar dan subuh berjalan seperti biasa.Majlis-majlis ilmu wujud dimana-mana.



Pengajian bersama habib Omar bin Hafiz di dar al-Mustafa.

Selepas solat asar masing-masing dengan kesibukkan sendiri. Tapi bukan perkara aneh apabila kita dapati peniaga-peniaga yang sedang menunggu pelanggan akan mengisi masa dengan membaca alQuran. Di mana-mana sahaja.


Iftar di Tarim penuh kesederhanaan. Biasanya mereka akan saling mengundang saudara mara untuk berbuka puasa dirumah . Kerana beramal dengan  anjuran Rasulullah untuk memberi makan kepada orang yang berbuka. Jiran kami menyebutkan bahawa dalam sebulan bulan Ramadhan, jarang sekali mereka berbuka puasa di rumah. Bukan berbuka puasa di kedai atau hotel tapi kerana sering diundang keluarga dan saudara mara yang berlumba-lumba menjamu orang yang berpuasa.

Bila jiran kami mengadakan majlis iftar untuk saudara mara, kami turut diundang. 
Hidangan berbuka yang mula dihidangkan adalah Tamar, air, sambosa dan bagal (sejenis sayur seperti sawi tapi tidak sepahit sawi). Apabila masuk waktu berbuka, hidangan itulah yang dimakan terlebih dahulu. Bagal dikunyah seperti kita mengunyah ulam. Kemudian masing-masing bangun mengerjakan solat maghrib berjamaah. Semestinya tiada ikhtilat lansung diantara lelaki dan wanita. Kaum muslimin akan ke masjid solat maghrib dan muslimah solat berjemaah di rumah. Menjadi kebiasaan mereka akan mengerjakan solat sunat awabin dan tasbih selepas maghrib. Setelah itu barulah tetamu akan dihidangkan dengan hidangan istimewa berupa nasi dengan ayam atau daging mengikut kemampuan masing-masing. Kemudian muslimin ke masjid untuk tarawih sementara muslimah mengerjakan tarawih 20rakaat berjamaah dirumah. Seperti biasa witir dilakukan 3 rakaat. Namun ada jamaah yang melanjutkan sendirian menjadi 11rakaat.Subhanallah. walaupun telah lanjut usia namun himmah beribadat mereka sangat dikagumi.


Jamaah di masjid Muhdhar.

Masjid-masjid di Tarim melaksanakan solat tarawih pada waktu yang berbeza.Ini memberi peluang kepada mereka yang mempunyai himmah yang tinggi dalam beribadat, dapat melaksanakan sebanyak-banyaknya solat sunat sepanjang malam Ramadhan.Bergantung kepada kemahuan masing-masing. Pelajar-pelajar juga diberi kebebasan untuk mengunjungi masjid-masjid lain setelah selesai tarawih di madrasah. Misalnya masjid Jauhari , solat pada awal waktu, masjid baAlawi pada waktu berikutnya, dikuti masjid-masjid lain sehinggalah yang terakhir adalah masjid Jamie yang melaksanakan tarawih ketika hampir waktu sahur.Dengan kesungguhan dan himmah , solat boleh terlaksana hingga mencapai 100 rakaat. Kalau berkehendak.....
surah-surah yang dibaca dalam solat Tarawih di Tarim biasanya adalah dari ad-dhuha hingga an-nass, dengan mengecualikan al-alaq dan al-bayyinah. Sementara di Darul Mustafa adalah bacaan al-Quran.

masjid al-Muhdhar

Dengan kedudukan rumah yang terletak di samping masjid  Ba Alawiyah, suasana meriah Ramadhan pada malam hari sangat terasa. Lebih-lebih lagi bila tiba malam khatam masjid Saggaf, BaAlawi atau Muhdar. Jamaah akan memenuhi lorong-lorong sekitar masjid.sejadah dihamparkan diatas jalan-jalan tempat laluan yang di tutup.Majlis khatam majlis penuh berkat. Dimakbulkan doa orang-orang yang hadir. Adalah menjadi amalan salafussoleh untuk mengundang orang ramai ketika khatam alQuran agar dapat berkongsi keberkatan.




Jualan sekitar Jamie'

Begitulah suasana penuh rahmah dan berkah pada bulan Ramadhan , bulan ibadah. Semoga Allah mengurniakan kekuatan dan himmah kepada kita untuk melaksanakan ibadah di bulan yang amat mulia ini.

Kredit gambar: fb عبدالله علوي بن شهاب.

Monday, 5 March 2018

Habib ABDULLAH BIN SYIHAB





Dari fb UMMU NABIHAH.

Biografi Habib Abdullah bin Muhammad bin Syahab :

Beliau seorang yang sangat alim, berwibawa dan tawadhu. Dan Beliau termasuk A’yanil bilad Tariem (Tokoh-tokoh Habaib Tarim). Dan Beliau juga lah yang sering dijuluki Sang “Ainu Tariem” – Matanya Kota Tarim al Ghanna.

Usia Beliau sekitar 70-an, putra dari Al-Allamah Habib Muhammad, dan cucu dari Al-Allamah Habib Alwi bin Abdullah bin Shahabuddin, dipercaya telah mencapai maqam atau tingkatan yang sangat tinggi sebagai seorang sufi.

Seperti juga ayah, kakek, serta kakek buyutnya, beliau termasuk orang yang dekat dan begitu cinta kepad Rasulullah saw. Sehingga tak ada tindakan-tindakannya yang tidak mengacu pada perilaku Nabi saw.

Beliau sering diundang ke Indonesia, melalui para ulama dan habaib, dan jawaban Beliau selalu: ”Saya menunggu perintah saja!” ( Maksud dari perkataan Beliau ialah menunggu perintah dari ROSULULLAH Saw secara langsung ), karena beliau sering berdialog dengan baginda Rasul Saw.

Beliau biasa didatangi para Ulama yang hendak bepergian berdakwah ke luar negeri untuk minta izin, berpamitan dan memohon doa’ restu. Tak kurang, Habib Umar bin Hafidz, pemimpin Darul Mustafa, Tarim, yang mencetak Ulama-ulama muda di berbagai negeri, tak bisa tidak, selalu mencium tangan Habib Abdullah sebelum keliling mengunjungi anak muridnya. Jangan harap guru besar ini beranjak sebelum mendapat anggukan kepala Habib Abdullah.

Para ulama dan peziarah, khususnya dari Indonesia, juga belum merasa mantap keliling Hadramaut sebelum mendengarkan kalam dan doa’ Habib Abdullah. Setidaknya mencoba menikmati senyum sang habib dan menerima suguhan teh atau kopi dari rumahnya yang dianggap penuh penuh berkah.
Habib Umar bin Hafidz tak mau menyentuh gelas kopi yang disuguhkan, ia hanya mau minum dari sisa minuman di gelas habib yang sangat dimuliakannya itu.

Dimana ketika dijumpai di suatu majelis yang dihadiri oleh habaib Tarim seperti Al Habib Abdullah bin Shahab (Ainu Tariem), Al Habib Salim bin Abdullah Asyatiri, Al Habib Masyhur bin Hafidz, Al Habib Umar bin Hafidz dan yang lainnya, kesemuanya merupakan permata nan indah dari Kota Tarim. Yang kemudian ketika waktu memberikan tausiyah, maka Al Habib Salim bin Abdullah Asyatiri tidak akan memberikan tausiyah sebelum Al Habib Abdullah bin Shahab memberikan tausiyah, Al Habib Masyhur bin Hafidz tidak akan memberikan tausiyah sebelum Al Habib Abdullah bin Shahab memberikan tausiyah, Al Habib Umar bin Hafidz tidak akan memberikan tausiyah sebelum Al Habib Abdullah bin Shahab memberikan tausiyah, begitu seterusnya.

Beliau begitu dicintai, dihormati, disayangi, dan dikagumi. Sedikit cerita mengenai ahli Tarim yang selalu menandakan akhlak dan ukhuwah dalam setiap apa pun yang dilakukan oleh mereka.

Habib Abdullah tidak melewatkan undangan siapa saja, terutama majlis ilmu, tanpa alasan yang jelas. Apabila beliau hadir, suasana majlis menjadi tampak agung, karena jamaah mendekat, merapat, takut kehilangan bahkan sepatah-dua patah kalam beliau yang sangat berharga, dan mengamini doa-doanya yang dipercaya makbul.

Habib Umar bin Hafidz yang dikenal sebagai jago pidato, akan menyerahkan semua waktunya kepada Habib Abdullah. Beliau di ibaratkan Sang Matahari tunggal didalam suatu majlis.

😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

Sunday, 4 March 2018




Dari fb Pondok habib

*_3 WIRID PARA WALI_*🌹🌹🌹
.
*_Habib Umar Bin Hafidz_* meriwayatkan bahwa *_Habib Ali Ibn Hassan Al Attas_* berkata :

3⃣Ada tiga macam wirid yang tidak pernah berpisah dengan *_para auliya'/sholihin,_* dikarenakan manfaat dari wirid ini yang sangat besar dalam hidup, baik di dunia maupun akhirat yaitu,: -

*_1. Membaca 100x sebelum sholat subuh:_*

*_سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم ،استغفرالله_*

*"Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim”,Astaghfirullah*...

*Ini dikenal dengan sebutan istighfar para malaikat.*
-

*_2. Membaca 100x sesudah sholat dzuhur:_*

*_لاإله إلا الله الملك الحق المبين_*

*“La ilaha illallah. Almalikul haqqul mubin”*

Rasulullah Shallallahu alaihi wa alaa aalihi wasallam bersabda *'Siapa saja yang membaca kalimat ini, akan selamat (dijauhkan) dari kemiskinan dan akan menenangkan serta menyenangkan di alam kubur dari rasa kesepian",*

*_3. Dan membaca sebelum tidur :_*

_*33x سبحان الله*_
Subhanallah

_*33x الحمدلله*_
Alhamdulillah

_*34x الله اكبر*_
Allahuakbar

Dan menutup dgn

*_لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ_*

*Laa ilaaha illallaah wahdahu laa syariika lah, lahul mulku walahul hamdu yuhyii wa yumiitu wa huwa ‘alaa kulli syaiin qadiir’*

Inilah kalimat yang diajarkan *_Rasulullah ﷺ_* kepada anaknya tercinta, *_Sayyidah Fatimah RA_* dan juga kepada *_Sayyidina Ali KW_*,

Para ulama mengatakan ada rahasia yang sangat besar dalam tasbih ini"..

Semoga bisa bermanfaat n  mengamalknnya, aamiin.