Thursday, 11 January 2024

Ziarah habib Muhammad bin Abdullah al-Aydrus ke zawiyah Aydrusiyyah


 بسم الله الرحمن الرحيم. 

Segala puji bagi Allah, selawat serta salam keatas junjungan mulia , nabi Muhammad sallallahualaihiwasallam.

Alhamdulillah, dengan izin Allah sekali lagi Zawiyah Aydrusiyyah menerima kehadiran tetamu yang mulia pada 21 oktober 2022. Habib Muhammad bin Abdullah alAydrus hadhir setelah ziarahnya ke Terengganu . Rombongan Habib Muhammad sampai hampir waktu subuh. Mereka menunaikan solat subuh berjemaah di zawiyah dan menginap di homestay berhampiran.

Sebelum program rasmi di zawiyah selepas maghrib,Habib Muhammad berbesar hati menziarahi tapak masjid al-Aydrus dan menunaikan solat dirumah yang berada di tapak tanah tersebut. Kebetulan ziarah pada hari Jumaat, Habib Muhammad meluangkan waktu selepas asar dengan bacaan zikir dan solawat dari kitab Khulasah al-Madad . Terlihat keceriaan pada wajah Habib Muhammad menikmati pemandangan menghijau dan angin petang yang segar dikawasan berkenaan.

Alhamdulillah , program maulid akbar pada malam hari berjalan lancar dengan kehadiran tetamu yang memenuhi ruang. 

Habib Muhammad kemudianya bergerak ke Alor setar untuk program bersama Festival Sunnah.


#talqin zikir











Wednesday, 18 October 2023

Pemergian Habib Ahmad bin Abdul Maula bin Tahir

Bismillahirrahmanirrahim

3 Rabiulakhir 1445
18 Oktober 2023

Menerima perkhabaran duka dari Bumi Tarim

عظم الله اجركم في الحبيب احمد بن عبدالمولى

 انتقل الى رحمةالله تعالى
الحبيب احمدبن عبدالقادربن عبدالمولى بن طاهروالجازه الساعه الرابعه من عصراليوم الاربعاءمن بيتهم شرقي مسجدحسن بعيديد

Kembalinya Habib Ahmad bin Abdul Qadir bin Abdul Maula ke sisi pencipta nya adalah khabar duka yang mendalam buat mereka yang pernah mendampingi beliau. 

Sunday, 25 December 2022

ziarah Habib Muhammad bin Ali Alhabshee

Bismillahirrahmanirrahim.

Zawiyah aydrusiyah.

Tidak pernah terfikir bahawa Zawiyah Aydrusiyah akan menerima tetamu yang istimewa seperti Habib Muhammad bin Ali (munsib Alhabshee)cucu sohib maulid simtuddurar. Namun takdir dan limpahan rahmat-Nya tidak dapat ditahan-tahan lagi. Hadir bersama jamaah dari Ribat Al-Ilmi Syarif Seiun. Rombongan Habib Muhammad sampai kira-kira jam 12.15 tengahari. Turut bersama beliau adindanya Habib Alawi dan Habib Murtdha. Juga anaknya Syed Abdul Qadir juga menantu beliau Syed Muhammad bin Habib Ibrahim Al-Habshee.
 Alhamdulillah majlis dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri dari asatizah dan pencinta ahli ilmu juga murid-murid Habib Muhammad yang pernah belajar di Seiun. 
Habib Muhammad turut memberikan ijazah maulid simtud-Durar dan ijazah khas kepada asatizah yang hadir. Serta hadiah berupa kitab dan poster simtuddurar. Terasa sangatlah berharga,hadiah dari orang yang mulia. 
Diakhir ziarah Habib Muhammad turut berbesar hati membacakan doa syifa di telaga belakang rumah. Kerana ditelaga itu telah kami kumpulkan air dari 7 buah kolah masjid sekitar Tarim sebelum kami pulang ke Malaysia. 
Bahagia memandang wajah orang yang tenang dan bahagia hatinya. Mungkin dari kesan banyaknya zikir dan salawat yang diamalkan.  الا بذكر الله تطمئن القلوب

































Ziarah habib Muhammad bin Aqil

 Bismillahirrahmanirrahim.

Pada 10 sepetember 2022 sekali lagi ziarah barakah oleh habib Muhammad bin Agil. Mudir Ribat Fatah Seiyun.hadhramaut Yaman. Habib Muhammad tiba bersama rombongan ustaz Zuhir Abdullah. Mudir Maahad Tahfiz Imam Syafie Ulu Kelang.Mereka bertolak awal pagi dari Terengganu. Sampai ke Zawiyah Aydrusiyyah hampir pukul 3 petang. Makan tengahari dan lansung menyampaikan kuliah / rohah asar. berkaitan kelebihan menuntut ilmu.Habib Muhammad melengkapkan solat di mihrab Zawiyah dengan mengimamkan solat asar. Alhamdulillah.